oleh: Dr. Bazrul Bahaman
1. Tentang Manuskrip
Manuskrip milik perpustakaan Nasional Indonesia dengan nombor cod ML. 100. Berukuran 15.4 X 19.8 cm. Setiap halaman terdiri daripada 3-19 baris. Jumlah keseluruhan halaman manuskrip 58 halaman. Terdapat empat halaman yang kosong. Manuskrip di tulis dengan tulisan Jawi menggunakan dakwat hitam. Kertas ini tidak mempunyai klofon.
Isinya terdiri daripada empat bahagian (fasal). Bahagian pertama menceritakan tentang silsilah Raja Rambah, bahagian kedua silsilah Raja Mandang Kota Raja dan bahagian ketiga tentang silsilah Raja Kepenuhan dan Mandang Kota Raja.
2. Silsilah Raja Rambah
Pada ketika itu Tambusai adalah Kerajaan terbesar di Rokan. Ia keturunan daripada Pagaruyung. Pada masa itu yang memerintah ialah yang di Pertuan Tua. Ia ada dua orang bersaudara, yang seorang perempuan bernama To’ Permaisuri. Yang Dipertuan Tua mempunyai tiga orang adik beradik, dua laki-laki dan seorang perempuan. Yang Perempuan bernama Siti Dualam, yang laki-laki Tengku Raja Muda dan Yang Dipertuan Akhir Zaman. Kemudian Tengku Raja Muda meminta kebenaran dari ayahndanya untuk mendirikan sebuah kerajaan sendiri. Setelah dipersetujui perjanjian maka Tengku Raja Muda pun dibenarkan membuka negeri. Isi perjanjian tersebut berbunyi begini:
“Pertama-tama apabila menaikkanlah pihak kami akan raja/kerajaan, melainkan raja Tambusyailah akan menaikkan kami hingga sampai kepada anak cucu kami. Dan kedia pabila putus raja yang kerajaan pihak kami yang pergi ini, melainkan raja Tambusyailah yang boleh menggantikannya. Ketiga janganlah berdengki aniaya antara dua pihak itu. Keempat apabila suku pihak yang di Tambusai masuk pihak kami, atau suku pihak yang kami /suku/ masuk pihak yang tinggal di Tambusyai, yang tidaklah boleh ditegah dan dilarang. Kelimaanya apabila pihak kami yang pergi itu tiada menurut adat pusaka, melainkan bolehlah ia pulang ke Tambusyai. Segala rakyat yang pergi itu, raja Tambusyai empunya rakyat yang tidak boleh ditegah dilarang. Keenam apabila mengikut raja kepada pihak yang pergi itu, melainkan segeralah memberitahu kepada Tambusyai, mengantarkan baju helat dan syahab muka, di Tambusyai demikian juga”.
Setelah dipersetujui perjanjian tersebut, maka Tengku Raja Muda di anugerahkan rakyat dan alat kebesaran. Kemudian Tengku Raja Muda pun membuka negeri di Kalu Batang Lubuk. Kerena negeri tersebut di rambah oleh orang Tambusai, maka negeri tersebutpun di namakan negeri Rambah.
Setelah Tengku Raja Muda mangkat di gantikan oleh anaknya bergelar Yang Dipertuan Besar. Kemudian setelah Yang Pertuan Besar mengkat diganti oleh Yang Dipertuan Jamalul Alam. Setelah Yang Dipertuan Jamalul Alam di ganti oleh Yang Dipertuan Sakti. Setelah Yang Dipertuan Sakti mangkat diganti oleh Yang Dipertuan Besar. Setelah yang Dipertuan Besar mangkat di ganti oleh Putera baginda yang bergelar Yang Dipertuan Besar (Marhum Galia).
*****
3. Raja Mandang Kota Raja
Di Negeri Luak Talba Simalungun di perintah oleh Raja Mukat Syimabuana. Baginda mempunyai seorang adik yang bernama Tajambasa Nabaru. Mukat Syibuana mempunyai empat orang anak, iatu Apun Cindai Halus, Raja Apun Tanjangangan, Raja Sandi Tua, Raja Syammandasyana.
Raja Syammandasyahna pergi ke negeri Jambak Toba dan mendapat dua orang anak yang bernama Raja Sandi Tua dan Mara Galimpang. Keduanya menjadi raja dalam negeri Jambak Toba. Kemudian Raja Sandi Tua dan Mara Gelimpang ke negeri Kota Betung. Mereka berebut seekor gajah. Maka di gelar orang raja gelipang raja gelimpung. Perebutan ini mencetuskan permusuhan. Raja Gelimpung pergi ke negeri Kandang Kopuh dan pecah peperangan, Raja Gelimpung lari ke Luak Barumum dan Raja Gelimpang pergi pula pergi ke negeri Karang Besyar.
Raja Gelimpung menyerang Karang Besyar, Raja Gelimpang meminta damai dengan menyerahkan seorang anak perempuannya. Maka dibuatlah perjanjian damai yang menyatakan jika ada musuh sama di lawan. Tapi perjanjian damai itu tidak berjalan lama. Keduanya berperang kembali.
Kemudian itu datang pula musuh raja Gelimpang menyerang negeri Mandang Tua, Raja Gelimpang undur ke Negeri Mandam Tua, dari Mandam Tua Raja Gelimpang terus ke negeri Pisang Kelat, kemudian ke Paninggahan. Dari Peninggahan undur pula ke Dusun Tua. Kemudian undur pula ke Lubak Cerai. Mufakat Raja Bangun dengan Sultan Zainal anak Maharaja Karang Besyar. Di buat sumpah yang menyatakan “Jika datang musuh dari menyerang Raja Bangun atau Sultan Zainal, sama-sama dilawan. Keduanya jika berjanji tidak akan bermusuh. Barang siapa melanggar perjanjian ini, tidak akan selamat seumur hidupnya. Maka mufakatlah anak Raja Gelimpang yang bernama Raja Bangun dengan Zainal Abidin anak Maharaja Karang Besyar untuk berdamai. Maka dipersetujui perjanjian yang bunyinya:
“Dan barang siapa dengki aniaya daripada dua pihak kita ini, dan jikalau musuh sama di lawan; jikalau tumbuh daripada raja Karang Besar atau tumbuh musuh dari pihak kai pun demikian juga. Dan barang siapa antara dua pihak kamipun demikian juga. Dan barang siapa antara dua pihak kita ini tiada seikut sekata atau tumbuh silang selisih daripada negeri yang keluaran atau perda’waan, melainkan Allah Taala selama-lamanya serta tiada dapat selamat seumurnya hidup, demikian adanya. Raja Bangun pun pergi ke negeri Kotaraja dan Sultan Zainal ke negeri Tambusai Tinggi iaitu di Muara Tambusai”.
Raja Bangun mempunyai seorang anak bernama Raja Palindungan. Raja Palindungan pula mempunyai dua orang anak yang bernama Sutan Bangun Kambing/Janjang dan Sutan Baginda Raja. Sutan Bangun Kambing Janjang pergi ke Mandang Tua dan Sutan Baginda Raja pergi ke Parik. Anak Sutan Baginda Raja ada seorang bernama Sutan Abdullah. Sutan Abdullah pula mempunyai seorang anak yang bernama Sutan Baginda Raja. Anak Sutan Baginda Raja bernama pula Sutan Napasari yang bergelar Sutan Parlaungan.
Anak Sutan Bangun Janjang dua orang seorang bernama Sutan Napasari seorang bernama Sutan Pakal Palindungan. Sutan Naparasi dari Mandang Tua lalu pergi ke Kotaraja. Sutan Naparasi mempunyai empat orang anak yang masing-masing bernama Sutan Bangun, Sutan Saripada Mahadum, Sutan Khalifatullah Lubu’ Bunut, Sutan Kuraikah Pandayungan (Yang Dipertuan Bangun Syah). Sultan Bangun mempunyai delapan orang anak (1) Raja Asala, (2)Sutan Pandayungan (3) Maharaja Sutan (4) Raja Martandang (5) Sutan Mulia (6) Raja Lela (7) Sutan Manglambai (ibunya orang Mandilayang Banuraja). (8) Sutan Parlawanan.
Saripada Mahadum anaknya seorang sahaja (tidak disebutkan nama anaknya). Raja Asala anaknya dua orang seorang bernama Raja Bangun dan seorang bernama Sutan Bangun. Anak Raja Bangun bernama Raja Mara Kahasa dan anak Raja Mara Kahasa bernama Saripada. Anak Sutan Bangun bernama Usman. Usman mempunyai tiga orang anak, bernama Maharaja Pakih, Raja Pasa dan Raja Dibalang. Maharaja Pakih mempunyai dua orang anak, seorang bernama Raja Alam dan seorang bernama Raja Takur. Anak Raja Pasa bernama Raja Lapa.
Sultan Khalifatullah mempunyai dua orang anak, seorang bernama Sutan Abdullah dan seorang Sutan Khalifatullah. Sutan Khalifatullah anaknya bernama Tuanku Haji Tua dan Tuanku Haji Muhamad Sutan. Anak Sutan Parlawan bernama Raja Mahadum dan anak Raja Mahadum bernama Raja Palembang. Anak Kuru karkah Pandayungan mempunyai tiga orang anak salah seorang bernama Sutan Kemala Batukaji. Anak Sutan Kamala Batukaji bernama Raja Muda. Anak Raja Muda Pula bernama Raja Khamala. Anak Raja Khamala bernama Raja Parasi. Anak Raja Parasi pula bernama Sutan Kuru Karkah Pandayungan. Anak Sutan Karkah Pandayungan bernama Sutan Naparasi. Sutan Naparasi mempunyai tiga orang anak. Masing-masing bernama Maharaja Dolok, Raja Sabungan dan Kali Ibrahim. Anak Raja Dolok bernama raja Palawan.Anal Kali Ibrahim bernama Sataming dan anak Raja Sabungan bernama Hampung.
4. Silsilah Raja Kepenuhan
Setelah Negeri Johor pecah kerana diserang musuh, Rajanya yang bernama Raja Purba masuk lari ke Rokan bersama sebelas orang panglima yang gagah-gagah dan sejumlah rakyat. Kemudian mereka mudik ke Kuala Batang Syasah. Setelah sampai di kuala sungai Rokan mereka tertarik pada tempat tersebut dan bermaksud untuk menetap di situ. Raja Purba pun menghantar utusan kepada Raja Tambusai yang bernama Raja Abdullah untuk meminta kebenaran tinggal dan membuat negeri di situ. Raja Tambusai setuju dan diberi kuasa hingga ke hilir Sungai tersebut, tetapi tetap di bawah naungan raja Tambusai. Kawasan tersebut diperintah berdasarkan peraturan (Teromba besar) yang berlaku dalam negeri Tambusai. Sebarang peraturan baru atau perubahan dari peraturan yang berlaku dalam negeri Tambusai harus dengan izin raja Tambusai.
Pada mulanya Raja Tambusai mengaturkan orang-orang Raja Purba kepada tujuh suku, tetapi Raja Purba mahu dibahagi kepada sebelas suku berdasarkan sebelas panglima yang dibawa bersama. Kemudian sebuah perjanjian dipersetujui bersama yang berbunyi:
“Dan barang siapa kami yang sebelas pihak serta kami segala raja-raja mengubahi ata ‘aturan adat dan pusaka yang datang daripada Raja Tambusai itu, dan lagi jikalau ada perkara yang di dalam kami yang tiada habis, melainkan hendaklah kami kabarkan melainkan kena hukumanlah kami daripada Raja tambusai serta akan sumpah setia yang diperbuat ini hingga sampai kepada anak cucu yang terkemudian kepada kami ini. Dan lagi tiadalah kami mengubahi segala-gala perkataan teromba besar yang pegangan Raja Tambusai itu adanya. Dan lagi jikalau barang siapa sekalian kami mungkir daripada segala padan janji ikat karangan yang diikrarkan dahulu itu, melainkan kena kutuk seribu siang dan seribu malam serta ditimpa daulat sultan Iskandar Zulkarnain dan tiada selamat selama-lamanya adanya”.
Perjanjian ini terjadi pada tahun 2745 tahun zai. Setelah itu Raja Purba terus hilir. Setelah sampai di kuala Batang Syasah Raja Purba tertarik pada tempat tersebut dan mengambil keputusan untuk membuat negeri di situ, tetapi empat orang pembesarnya tidak setuju, mereka mahu membuat negeri di pulau berhampiran Kuala Sungai Rokan seperti rancangan awal. Tetapi Raja Purba tetap berkeras untuk membuka negeri di kawasan kuala Batag Syayah. Maka pecahlah mereka. Akhirnya sebelas pembesar (kerapatan) itu mengadap Raja Tambusai. Ketika mengadap Raja Tambusai tujuh suku setuju untuk membuka negeri di Kuala Batang Syasya mengikut raja mereka, sedangkan empat suku lagi tetap berkeras tidak mahu mengikut Raja Purba, mereka tetap mahu membuka negeri di hilir dari kuala Sungai Batang Syasa. Setelah berbincang dengan pembwsar sembilan suku di Tambusai, Raja Tambusai mengambil keputusan untuk memecahkan kumpulan tersebut. Tujuh suku membuka negeri di Kuala Batang Syasya mengikut raja mereka. Empat suku lagi dihantarkan oleh ke tujuh suku yang mengikut raja mereka untuk membuka negeri di Pulau ke hilir dari Kuala Sayasa. Kerana mereka di hantar oleh ke tujuh suku yang mengikut Raja Purba ke pulau tersebut maka di namakanlah pulau itu Pulau Antar.
Sedang tujuh pembesar yang mengikut raja Purba pun membuat istana yang lengkap, rajanya enggan kerana tetap tidak mahu pindah dari rakit. Ia mahu dibuatkan sebuah rakit yang besar dan indah sebagai istana. Akhirnya dibuat sebuah rakit yang besar, lengkap dan indah sebagai istana Raja Purba. Tetapi setelah membuka negeri tersebut, raja Purba sebuk dengan hiburan dan bersuka ria sahaja. Makin lama makin lalai, lama-kelamaan ia zalim, habis semua perempuan sama ada gadis atau isteri orang diambilnya untuk memuaskan nafsu. Sehingga para pembesar tujuh suku menjadi marah, kehidupan rakyat menjadi miskin dan sentiasa dalam ketakutan. Akhirnya ketujuh pembesar tersebut berpakat dengan empat pembesar yang membuka negeri di Pulau Antar untuk menghadap Raja Tambusai.
“Baiklah kita mupakat dengan kaum kita yang empat pihak yang didalam paulau Antar, sebarang mana mupakatkan dengan kaum kita yang empat pihak yang di dalam Pulau Antar, dan sebarang mana-mana mupakat yang baik boleh sama-sama kita mempahamkan daripada hukuman raja kita ini”.
Baiklah kita mudik ke hulu mengadap raja Tambusai supaya ia tahu akan hal kita ini, minta carikan adat pusakanya akan hal kita yang demikian ini”.
Mereka mengadap raja Tambusai dan meminta supaya dikenakan tindakan terhadap raja mereka sesuai dengan undang-undang (tambo besar) yang berlaku di negeri Tambusai dan meminta supaya Raja Purba di bunuh, tetapi Raja Tambusai menolak permintaan para pembesar tersebut.
“Tiadalah sampai hemat kita akan merusak raja itu, kerana kita tua di dalam Luwa’ Rokan ini, lagipun kita pegang aturan yang dahulu-dahulu sampai sekrang ini, maka tiadalah sampai hemat kami yang demikian itu”…Maka habiskanlah dahulu mufakat dan kebulatan mereka sebarang mana-mananya kerana belumlah kita putuskan hukumannya, demikianlah adanya”.
Akhirnya para pembesar tersebut pergi ke Rokan Kiri dan berjumpa dengan raja Kuanta. Raja Kuanta setuju untuk membunuh raja Purba, tetapi dengan syarat jika berjaya membunuh Raja Purba segala harta yang di dalam istana rakit itu harus diserahkan kepada Baginda.
“maka jawab Raja Kuanta kepada orang yang datang itu. “Dan jikalau begitu akan kelakuan raja itu yang tiadalah patut, maka tidaklah di dalam adat dan pusaka raja itu membuat yang demikian itu kepada mereka sekalian…”
“Adalah padan janji kita apabila mati raja mereka itu dengan sebab aku perbuat, maka hendaklah mereka pulangkan seisi rakit itu kepada yang demikian itu, tetapi yang patik pohonkan segala anak buah patik di dalam rakit itu boleh patik pulangkan sekalian kepada ibu bapanya”
Para pembesar tersebut setuju tetapi perempuan yang diambil oleh Raja Purba harus diserahkan kembali kepada orang tua mereka.
Setelah kesepakatan diambil, maka Raja Kuanta dan pembesar tersebut pergi ke istana Raja Purba. Mula-mula mereka memutuskan tali pengikat rakit tersebut. Orang-orang yang di dalam istana rakit tersebut tidak sedar kerana mereka sebuk dengan menari dan bersuka ria. Sehingga istana rakit tersebut hanyut ke Teluk Rantau Kenawang. Di situlah Raja Kuanta membunuh Raja Purba. Semua barang dalam rakit itu diambil oleh Raja Kuanta dan perempuan yang diambil oleh Raja Purba dipulangkan kepada orang tuanya sesuai dengan perjanjian.
Kemudian para pembesar pergi menyerah diri kepada Raja Tambusai dan meminta keluarga Tambusai untuk dijadikan raja di negeri Kepenuhan. Raja Tambusai menyerahkan adik perempuannya yang bernama To’ Permaisuri untuk menjadi raja di negeri Kepenuhan. Kemudian itu Yang Dipertuan Tua Pinang Awan meminang adik Raja Aru. Kemudian Yang Dipertuan Tua kahwin dengan adik Raja Aru itu yang bernama Baruni Tarligan. Tidak lama kemudian Raja Aru nikah pula dengan To’ Permaisuri.
Bila raja Aru itu, ia meninggalkan putera yang bergelar Datuk Negeri Tinggal. Kemudian mangkat Datuk Negeri Tinggal digantikan oleh anaknya Sultan Sulaiman. Mangkat Sultan Sulaiman di gantikan oleh puteranya Tuk Maruhum Kaya, kemudian diganti pula oleh anaknya Tuk Muruhum Sutan Makula, kemudian diganti oleh Tuk Muruhum Sutan Sulaiman.
Maruhum Akhir Zaman menjadi Raja di Tambusai isteri pertamanya adik Sutan Abdullah tidak beranak. Isteri keduanya mendapat dua orang anak Tengku Mansur dan Siti Jadah. Siti Jadah ibu kepada Tengku Muda yang menggantikan Maruhum Akhir Zaman.
*****
5. Silsilah Raja Kuanta
Fasal yang keempat tentang keturunan Raja Kuanta. Setelah negeri Johor pecah salah seorang kerabat raja negeri Johor lari ke Rokan dan mengadap raja Tambusai yang pada masa itu bernama Syaifuddinlah yang memerintah Luwa’ sungai Rokan. Ia diberi kebenaran untuk membuka tanah sekadar tempat kediaman. Maka Raja Johor itu membuka negeri dan di namakan Si-Barang-barang. Kemudian negeri tersebut diserang oleh Aceh. Pada masa itu negeri tersebut diperintah oleh raja dua bersaudara iaitu Sultan Ganjut dan Sultan Harimau. Akibat serangan Aceh itu, rakyat melarikan diri ke hutan dan negeri itu sendiri jatuh ke tangan Aceh.
Ketika melarikan diri keduanya berselisih pendapat. Sutan Ganjut hendak mudik ke Rokan Kanan dan Sutan Rimau hendak mudik Rokan Kiri. Akhirnya mereka berpecah, harta pusaka dibahagi dua. Selanjutnya Sultan Ganjut mudik ke hulu Rokan Kanan dan masuk ke negeri Tambusai. Ia dijadikan Pembesar Tambusai. Sutan Harimau terus mudik ke hulu hingga sampai ke Kuanta. Ia kemudian mengumpulkan semua rakyat yang lari ke dalam hutan dan membuka negeri di situ. Negeri tersebut diberi nama berdasarkan nama sungai tersebut (Kuanta). Hanya enam puak yang mahu menetap di situ, sebahagian lagi kembali ke negeri asal mereka. Itulah disebut Kampung Enam, iaitu Kampung Solokan, Santang, Lubuk Batu, Batang Lubuk, Titi Gading, dan Bonai. Yang delapan itulah bernama Batalian Lapan, yang tiga itu menjadi Talang Liar menjadi orang asli.
“Yang Delapan pihak itulah bernama Batalian Delapan yang tiga itulah yang menjadi Talang Liar, tiada lagi pernah bertemu dengan orang. Kata cerita orang, pulau Pangka tempatnya, tetapi ia tiada bertemu lagi dengan orang selama-lamanya”.
Negeri tersebut tetap di bawah naungan Tambusai. Segala keputusan tentang pemilihan Raja, pembesar atau memutuskan sesuatu masalah yang besar harus dengan pengetahuan Raja Tambusai.
*****
6. Bahasa
Naskah ini menggunakan bahasa Melayu Johor-Riau yang menjadi bahasa Melayu standart pada masa itu. Hanya ada dua perkataan bahasa Melayu dialek Minangkabau:
sinan = sana
“Jikalau ada orang berladang-ladang atau berkebun-kebun di hiilir sinan”
Luwak = kawasan
“Syaifuddinlah yang memerintah luwak sungai rokan ini”.
Bahasa manuskrip ini baik, menunjukkan pengarangnya seorang penulis yang biasa dengan kerja mengarang. Tulisan pada manuskrip juga agak baik.
7. Sebagai Sebuah Teks sejarah
Pada teks ini tidak terdapat unsur-unsur mitos dan legenda seperti kebanyakan teks sastera sejarah. Setiap peristiwa yang diceritakan rasional dan wajar. Asal usul raja juga diceritakan secara rasional dan wajar. Tidak terdapat bahagian yang menceritakan asal usul raja yang dihubungkan dengan tokoh-tokoh atau tempat legenda. Cara peristiwa terjadi juga masih rasional. Misalnya tentang asal usul raja Rambah diceritakan berasal dari anak raja Tambusai yang berselisih faham dengan abangnya, kemudian dengan izin dari ayahnya ia membuka negeri sendiri. Kerana mereka merambah hutan, negeri tersebut di namakan Rambah.
Kisah negeri Kepenuhan dikatakan bermula dengan kedatangan Raja Johor yang lari setelah negerinya dikalahkan musuh. Kemudian ia membuka negeri di kuala Sungai Rokan. Kerana kezalimannya, akhirnya ia dibunuh oleh pembesarnya sendiri. Kemudian pembesar Raja Johor tersebut meminta raja kepada Raja Tambusai. Raja Tambusai mengirim adik perempuannya yang bernama Tuk Permaisuri sebagai raja. Tuk Permaisuri kemudian berkahwin dengan Raja Aru. Dari keturunan merekalah kemudian menjadi raja di kerajaan Kepenuhan.
Peristiwa yang diceritakan juga tidak banyak. Hanya peristiwa yang berhubungan langsung dengan perubahan-perubahan politik negara yang diceritakan. Itu pun tidak diceritakan dengan mendalam, kadang-kadang hanya sekadar disebutkan peristiwa tersebut.
Ini amat berbeza dengan teks sastera sejarah lainnya seperti Sejarah Melayu, Hikayat Pahang, Hikayat Patani dll, yang menyelitkan banyak peristiwa yang tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan politik. Misalnya Sejarah Melayu juga turut menceritakan peristiwa Badang menjadi kuat setelah memakan muntah hantu dll. Jadi pengarang tidak hanya ingin menceritakan peristiwa politik, tetapi juga ingin menceritakan watak manusia di sekitarnya, peristiwa-peristiwa sosial, peristiwa lucu, menarik dll. Oleh yang demikian penulis teks ini tidak mempunyai tujuan untuk memberi hiburan kepada pembaca, memitoskan raja, menceritakan peristiwa sosial dll. Pengarang hanya ingin menulis sebuah buku sejarah raja Tambusai secara tepat. Oleh yang demikian yang lebih diutamakan dalam cerita ini adalah deretan nama raja-raja yang memerintah di setiap negeri yang disebutkan.
Teks ini tidak berfokus pada seorang tokoh, bahkan tidak ada tokoh utamanya. Setiap peristiwa yang diceritakan melibatkan tokoh yang berlainan sesuai dengan masa dan tempatnya.
Peristiwa-peristiwa juga diceritakan dengan ringkas. Pengarang hanya menyajikan plot-plot kronologi secara sederhana, sehingga kita seolah-olah membaca sebuah sinopsis sastera sejarah. Tidak ada jalinan-jalinan peristiwa yang rumit yang dapat memberikan daya tarik kepada plot cerita ini..
Watak-watak dalam semua teks ini ialah keluarga raja dan para pembesar-pembesar. Tetapi teks ini bukanlah sebuah teks sastera fiktif seperti teks hikayat atau cerita penglipurlara yang sangat mementingkan perwatakan. Teks ini lebih menekankan unsur sejarah. Oleh yang demikian tidak terdapat gambaran-gambaran watak-watak yang terperinci. Tetapi melalui beberapa peristiwa yang diceritakan oleh pengarang dapat dilihat watak beberapa orang tokoh dalam teks ini. Misalnya watak raja Purba yang suka berfoya-foya dan kejam. Ia sanggup bersikap kejam.
Pada teks ini juga terdapat peristiwa yang disebutkan tahun kejadiannya. Misalnya tahun tahun Perjanjian antara Raja Johor dengan Raja Tambusai dikatakan terjadi 2 rabiulawal tahun 2745 tahun zai. Penyebutan tahun peristiwa seperti ini jarang di temui pada teks-teks sastera sejarah lainnya.
8. Konsep Negeri
Pembukaan negeri
Konsep negeri adalah raja, apabila ada raja, maka adalah negeri. Besar kecilnya suatu tempat tidak menjadi ukuran sama ada suatu tempat itu disebut negeri atau tidak. Misalnya negeri Rambah, hanya sekitar hilir sungai Rokan, tetapi kerana di situ ada seorang raja yang maka ia disebut sebagai negeri. Negeri juga dapat berpindah-pindah jika rajanya berpindah. Misalnya negeri Johor yang disebutkan dalam manuskrip ini, walaupuin sudah dimusnahkan musuh, tetapi ia tetap ujud mengikut kemana rajanya pergi. Oleh yang demikian bagi orang Melayu raja lebih penting daripada negeri. Walaupun sebuah negeri sudah musnah tetapi jika rajanya masih ujud, ia tetap dianggap ujud.
Ada beberapa cara pembukaan sebuah negeri yang dapat dilihat dalam manuskrip ini.
a. Oleh Raja yang Lari Setelah negeri Di Tawan Musuh
Apabila sebuah negeri ditawan musuh Rajanya akan melarikan diri dengan membawa bersama para pembesar, panglima dan rakyatnya. Bila menjumpai suatu tempat yang baik biasanya mereka akan membuka kawasan tersebut dan menjadikannya tempat tinggal, maka ujudlah negeri. Hal ini terjadi kepada Raja Purba dari Johor. Setelah negerinya dikalahkan musuh, ia melarikan diri ke Sumatera sehingga ke sungai Rokon. Sampai disuatu tempat di hulu sungai Rokan ia telah tertarik dengan tempat tersebut. Iapun membuka negeri yang diberi nama Kepenuhan.
b. Putera Raja yang ingin Memiliki Negeri Sendiri.
Negeri boleh juga dibuka oleh seorang putera raja kerana ia ingin memerintah negeri sendiri. Ia ingin negeri sendiri mungkin kerana ada masalah dengan saudara atau keluarga yang lain. Ini dapat dilihat dalam kes pembukaan negeri Rambah. Anak Raja Tambusai berselisih faham dengan abangnya yang sulung. Ia pun mengambil keputusan untuk membuka sebuah negeri yang lain. Akhirnya dengan kebenaran ayahnya ia telah membuka sebuah negeri yang lain yang diberi nama negeri Rambah.
2. Syarat-syarat Kewujudan Sebuah Negeri
Ada beberapa syarat untuk membuka sebuah negeri baru. Pertama adanya raja. Seorang yang berhak menjadi raja pula pertama harus mempunyai darah raja. Oleh yang demikian rakyat biasa walaupun mempunyai harta, ia tidak berhak menjadi raja. Sebab itu jika ada sekumpulan rakyat yang ramai dan membuka sebuah kawasan, mereka akan mencari seorang putera raja dari negeri lain untuk dijadikan raja di negeri mereka. Atau jika raja sebuah negeri meninggal tanpa waris maka rakyat akan mencari seorang putera raja dari negeri lain untuk dijadikan raja. Ini terjadi kepada negeri Kepenuhan. Setelah Raja Purba meninggal, tidak ada seorang pun anaknya yang boleh dijadikan waris untuk memerintah. Akhirnya para pembesar di negeri Kepenuhan meminta salah seorang dari kerabat Raja Tambusai untuk dijadikan raja di negeri Kepenuhan.
Kedua adanya pembesar. Pembesar adalah orang yang bertanggungjawab membantu raja dalam urusan pentadbiran. Pembesar tidak mutlak dari keturunan, tetapi boleh saja rakyat biasa yang dipilih oleh raja untuk menjadi pembesar. Rakyat akan mengadukan segala permasalahan mereka kepada Raja melalui pembesar. Pembesar yang baik sentiasa taat kepada perintah raja, tetapi bila raja sudah melakukan kezaliman, pembesar akan memberi nasihat kepada raja. Jika raja tetap juga zalim setelah diberi nasihat, suatu tindakan akan diambil, termasuk merancang pembunuhan terhadap raja tersebut. Misalnya pembesar di Kepenuhan telah merancang membunuh Raja Purba kerana raja tersebut bersikap zalim terhadap rakyat, walaupun sudah dinasihatkan beberapa kali oleh para pembesar.
Ketiga adanya rakyat. Sebuah negeri harus ada rakyat. Mereka adalah golongan paling ramai dan merupakan golongan yang diperintah. Dalam manuskrip sejarah Tambusai memang tidak banyak disebutkan tentang rakyat, tetapi dari sedikit gambaran yang diceritakan dalam Sejarah Tambusai nampaknya mereka golongan paling bawah setelah pembesar. Setiap masaalah mereka tidak diadukan langsung kepada raja, tetapi melalui pembesar sebagai orang tengah untuk diadukan kepada raja. Tetapi jika pembesar boleh menyelesaikan sendiri masalah rakyat biasanya tidak akan diadukan kepada raja. Hanya peristiwa-peristiwa yang besar sahaja yang diadukan kepada raja. Dalam hal ini, pembesar menjadi orang tengah antara rakyat dengan raja.
Bagi seorang raja harus menjaga kebajikan rakyat sekiranya kebajikan rakyat, kerana tujuan kerajaan sebenarnya ialah memberi kebajikan kepada rakyat. Raja yang tidak menjaga kebajikan rakyat atau zalim terhadap mereka tidak akan mendapat sokongan rakyat. Raja yang tidak mendapat sokongan rakyat tidak akan dapat menjalankan pemerintahan dengan berkesan, bahkan mungkin akan digulingkan oleh rakyat. Dalam manuskrip sejarah Tambusai, peristiwa yang paling tragis telah terjadi kepada Raja Purba yang zalim terhadap rakyatnya. Ia tidak memperdulikan kebajikan rakyat, mengambil gadis-gadis yang cantik dari kalangan rakyat dan sebagainya. Rakyat menjadi resah dan benci pada raja. Akhirnya mereka membuat pakatan dengan pembesar untuk membunuh raja. Raja Purba dibunuh melalui pakatan rakyat.
Keempat harus ada tanah untuk dibuat negeri. Seorang raja akan mencari kawasan yang baik untuk dibuat negeri. Setelah mendapat kawasan yang baik untuk di buat negeri maka segala urusan yang berhubungan dengan tanah tersebut di uruskan. Ini sangat penting terutama jika tanah tersebut berada di bawah kekuasaan raja lain, kerana jika dibuka tanpa memberitahu raja yang mungkin menguasai kawasan tersebut, raja tersebut akan marah dan menimbulkan peperangan. Raja Purba ketika membuka negeri di Kuala Sungai Rokan terlebih dahulu memaklumkan maksudnya untuk membuka negeri di situ. Setelah mendapat kebenaran dari Raja Tambusai barulah Raja Purba membuka kawasan tersebut. Anak Yang Dipertuan Tua minta kebenaran terlebih dahulu daripada ayahnya sebelum membuka tanah Rambah sebagai negeri.
Kelima Alat Kebesaran. Alat kebesaran juga merupakan syarat penting untuk membuka negeri. Seorang raja tidak akan dapat di tabal tanpa alat kebesaran. Alat kebesaran merupakan simbol kepada kedaulatan dan legitimasi. Antara alat kebesaran termasuk alat muzik. Sebab itu ketika Yang Dipertuan Muda mahu membuka negeri Rambah, selain daripada pembesar dan rakyat, ia juga dibekalkan dengan alat kebesaran. Pertabalan seorang raja tidak akan sah jika tidak diikuti dengan alat kebesaran.
Selasa, 20 Oktober 2009
Kajian Tafsir Mimpi
Oleh: Dr. Bazrul Bahaman
Dalam bahasa Arab mimpi disebut al-ru’ya dan al-hulmu. Ini antara lain dapat dilihat pada dua hadis berikut:
Maksudnya:
Mimpi yang baik itu dari Allah dan mimpi yang buruk itu dari syaitan” (Muttafaq alaihi).
Pada hadis di atas perkataan al-ru’ya digunakan untuk makna mimpi yang baik dan “al-humu” untuk makna mimpi yang buruk. Dalam hadis lain disebutkan lagi:
Maksudnya: “Mimpi yang baik itu dari Allah dan mimpi yang buruk itu dari syaitan”
Pada hadis di atas pula perkataan al-ru’ya digunakan untuk makna mimpi yang baik dan yang buruk.
Menurut Islam mimpi terbahagi kepada dua iaitu mimpi yang benar dan yang tidak benar. Mimpi yang benar ialah mimpi yang datang dari Allah dan Malaikat. Sedangkan mimpi yang tidak benar datang dari syaitan dan kekacauan fikiran. Terdapat banyak hadis yang menyebutkan tentang mimpi yang benar, antara lain dapat dilihat sebagai berikut:
“Mula sekali turun wahyu kepada Rasulullah s.a.w ialah mimpi yang benar di dalam tidur, maka tiap-tiap mimpi itu datang, dia menyinar laksana cahaya subuh”.
Hadis tersebut di atas adalah penjelasan Rasulullah kepada isterinya Aisyah tentang salah satu peristiwa sebelum turunnya wahyu. Dari hadis ini, dapat dipastikan bahawa mimpi bagi seorang Nabi adalah benar malah ia hampir menyerupai wahyu. Nabi juga mengatakan bahawa mimpi yang benar itu satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian. Ini dapat dilihat dalam hadisnya yang berbunyi:
Maksudnya:
Dalam Al-Quran juga banyak keterangan yang menyebutkan bahawa mimpi para Nabi dan orang soleh itu benar. Antara lain disebutkan dalam Surah al-Isra’ ayat 60, yang berbunyi:
“bahawa mimpi Rasulullah s.a.w menjadi fitnah atau ujian bagi manusia”.
Selain itu juga terdapat banyak mimpi-mimpi Rasulullah yang langsung datang dari Allah. Kemudian mimpi tersebut dijelaskan dengan bahasa Rasulullah, yang dikenal sebagai hadis kudsi. Misalnya hadis berikut:
Maksudnya:
Dalam surat al-anfal ayat 43 diceritakan bahawa sebelum perang badar berlaku Rasullah bermimpi
“diperlihatkan di dalam mimpi Rasulullah s.a.w bahawa bilangan musuh dalam peperangan Badar nampak hanya sedikit. Padahal mereka banyak”.
Selepas sembahyang subuh Nabi selalu bertanya kepada sahabatnya: “Adakah sesiapa di antara kalian yang mendapat alamat mimpi malam tadi?”. Baginda bertanyakan soalan itu untuk mendapatkan berita-berita yang menggembirakan daripada alamat mimpi yang dapat menunjukkan tentang kemenangan kekuatan Islam dan pertumbuhan kuasa.
Selain Nabi Muhamad saw, Nabi-nabi lain seperti Nabi Ibrahim, Nabi Yakub dan Nabi Yusuf juga turut mengalami mimpi yang benar. Mimpi-mimpi mereka ini dianggap penting dan diabadikan dalam Al Quran.
Mimpi Nabi Yusuf:
“(Ingatlah) tatkala berkata Yusuf kepada ayahnya: Wahai ayahku! Sesungguhna aku telah melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; aku lihat semuanya itu bersujud kepadaku (ayat 4).
Jawab Nabi Yak’ub (ayah Yusuf):
“Dia menjawab; Hai anakku. Janganlah engkau ceritakan mimpi engkau itu kepada saudara mu, kerana nanti mereka akan menipudaya engkau dengan bermacam tipu daya” (pangkal ayat 5).
“Tuhan engkau akan memilih engkau”
Nabi Ibrahim bermimpi menyembelih anaknya (Surat, ash-Shaffat ayat 102)
Nabi Yakub juga telah bermimpi…………………….*
Surah ayat:
Maksudnya:
Selain nabi-nabi, sahabat Nabi Muhamad saw dan orang-orang soleh juga turut mengalami mimpi-mimpi yang benar. Misalnya, suatu kali Nabi Muhamad saw, telah bermusyaurat dengan sahabatnya tentang cara untuk memanggil orang sembahyang bila sudah masuk waktunya. Tetapi musyawarat tersebut tidak dapat memberikan suatu keputusan mengenai cara yang terbaik untuk memanggil orang sembahyang. Pada malam hari seorang sahabat yang bernama*………telah bermimpi supaya dilaungkan azan seperti yang dikenal hari ini. Siang harinya sahabat tersebut menceritakan kepada Nabi mengenai mimpinya itu. Nabi mengatakan bahawa mimpi tersebut benar. Maka sejak hari itu untuk memberitahu tentang masuknya waktu sembahyang dilaungkan azan.
Selepas zaman Nabi dan sahabatnya, ramai juga orang-orang soleh yang mengalami mimpi yang benar. Imam Syafei mimpi sahabatnya Ibn Hambal dalam ancaman. Kemudian ternyata benar. Ia telah di suruh mengaku Al Quran itu makhluk, kerana tidak mahu taat, ia dipenjara.
Menurut Al-Qurtubi pula: “Mimpi adalah suatu hal yang mulia dan penempatan yang tinggi. Dia boleh terjadi kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan terjadi pula kepada orang-orang yang soleh (dalam Hamka 173)*
Mimpi yang benar terbahagi kepada empat iaitu: 1). Ilham yang diresapkan oleh Allah kepada hambanya 2). Mimpi yang dirancang oleh malaikat 3). Pertemuan ruh antara orang hidup dengan yang telah meninggal dunia 4). Pertemuan ruh orang yang sedang tidur dengan Allah 5). Kemasukan ruh ke dalam syurga dan menyaksikan teman-temannya.
Mimpi yang diresapi oleh Allah kepada hambanya misalnya pada mimpi Nabi Muhamad yang disebut sebagai hadis kudsi. Mimpi yang dirancang oleh malaikat contohnya mimpi seorang sahabat tentang azan. Mimpi pertemuan roh antara roh orang yang mati dengan roh orang yang masih hidup. Misalnya mimpi seseorang bertemu dengan Rasulullah. Sebenarnya rohnya yang masih hidup telah bertemu dengan roh rasulullah yang sudah wafat.
Ibnu Khaldum ketika menjelaskan tentang mimpi menyebutkan;
“….roh hati adalah sarana bagi roh rasio manusia. Melalui esensinya, roh rasio menanggapi segala sesuatu yang terdapat di dalam ketuhanan, sebab rialiti dan esensinya adalah serupa dengan persepsi. Ia adalah terhalang daripada menyerupai sesuatu persepsi-persepsi supernatural melalui tirai penglihatan awal dengan tubuh dan dengan kekuatan-kekuatan serta daya jasmaniah. Sekiranya ia tidak dengan tirai ini atau ditutupi sesuatu pastilah ia kembali kepada realitinya, di mana ia adalah serupa dengan persepsi. Ia dengan itu berupaya untuk meresapi sesuatu objek persepsi.
Mimpi daripada Allah adalah mimpi yang jelas, mimpi daripada malaikat memerlukan penafsiran sedangkan mimpi daripada syetan mimpi yang kacau. Hadis Rasulullah saw mengatakan, “Orang yang paling benar mimpinya, ialah yang paling benar percakapannya”. Menurut nabi lagi, setelah beliau wafat tidak ada lagi wahyu, tetapi Mubasy-syiraat; iaitu mimpi yang baik dan yang benar, yang dimimpikan oleh orang yang soleh atau dimimpikan orang lain untuknya. Sabda Nabi saw: Mimpi itu tiga macam: (1) Mimpi dari Allah (2) Mimpi dari malaikat (3) Mimpi dari setan
Selain mimpi yang benar ada pula mimpi yang tidak benar. Mimpi yang tidak benar ini juga dapat dibahagi kepada dua, iaitu mimpi yang datang dari gangguan setan dan jin jahat. Atau juga mimpi yang datang dari kekusutan fikiran atau jelmaan perasaan, fikiran dan perbuatan kita sehari-hari.
Tentang hal ini Gazali menyebutkan bahawa, mimpi buruk banyak yang berasal dari kesalahan-kesalahan dan kusut fikiran manusia itu sendiri.
Sigmun Frued:
Menurut Frued mimpi adalah apa yang terpendam di bawah sadar timbul kembali keluar dari lapis jiwa. Terutama sekali yang mempengaruhi jiwa manusia ialah urusan LIBIDO iaitu seks. Dari penyelidikan Frued terhadap para pesakit jiwa mimpi erat sekali hubungannya dengan seks yang terpendam. Misalnya, kalau bermimpi mengenderai kuda, tafsirnya bersetubuh. Sebab bergoyang-goyang di punggung kuda itu adalah perasaan terpendam syahwat setubuh yang timbul kembali.
Jika dilihat mimpi-mimpi yang dianalisis oleh Frued, adalah mimpi orang-orang yang mengalami gangguan fikiran (sakit jiwa). Jika dilihat dari teori-teori yang dikemukakan oleh Ibn Khaldum dan hadis-hadis Nabi, tentulah mimpi orang-orang seperti ini adalah yang fikirannya tidak tenang, banyak mengalami gangguan fikiran. Oleh yang demikian, mimpi mereka adalah mimpi-mimpi yang datang dari perasaan dan fikirannya. Ataupun datang dari setan yang bersarang dalam dirinya. Dalam hal ini seperti yang dikatakan oleh Hamka, penyelidikan Frued tidak mengkaji mimpi orang-orang yang tenang jiwanya seperti para Nabi, orang-orang soleh dan golongan rohaniawan. Mimpi yang benar yang datang dari Allah dan Malaikat hasil pertemuan roh dengan ilahi tidak dapat dianalisis oleh Frued.
Berdasarkan penjelasan di atas dapat dilihat bahawa mimpi bukan hanya sekadar mainan tidur. Oleh yang demikian, untuk memastikan tidur dengan sempurna dan mimpi yang benar, dalam Islam diajarkan tentang adab-adab kalau bermimpi. Kalau mimpi itu baik seorang yang bermimpi hendaklah 1.Bersyukur kepada Allah 2. Berasa gembira kerana mendapat mimpi yang baik 3. Menceritakan mimpi itu kepada orang yang mengasihinya.
Jika mimpi itu buruk dilakukan pula beberapa perkara. Pertama, membaca lafaz isti’azah dan menghembus atau meludah ke kiri sebanyak tiga kali selepas terjaga. Lafaz tersebut ialah:*
Maksudnya:
“Aku mohon perlindungan sebagaimana para malaikat dan rasul-rasul memohon perlindungan dari kejahatan mimpiku ini, dari suatu perkara yang aku tidak suka ia berlaku pada agama dan duniaku”.
Kedua, semasa terjaga mengadap ke arah yang lain iaitu mengubah posisi pembaringan. Kedua-dua perkara di atas sesuai dengan hadis Nabi:
Maksudnya:
“Jika salah seorang dari kamu bermimpi sesuatu yang tidak disukai maka hendalklah ia meludah tia kali dan memohon perlindungan dari Allah dari syaitan dan beralih dari sisinya”.
Ketiga, sembahyang dua rakaat. Ini berdasarkan hadis:
Maksudnya:
“Jika salah seorang dari kamu bermimpi sesuatu yang tidak disukai hendaklah ia bangun dan sembahyang”.
Keempat, tidak menceritakan kepada orang lain kecuali orang alim yang tidak memusuhinya. Ini sesuai dengan hadis nabi:
Maksudnya:
“Apabila salah seorang dari kamu bermimpi sesuatu yang ia tidak disukai maka jangan beritahu orang lain tentang permainan setan di dalam tidur”.
Sabda Nabi lagi:
“Mimpi yang baik adalah dari Allah. Maka apabila di antara kamu bermimpi yang mengesankan baik, janganlah diceritakan mimpi itu melainkan kepada yang engkau senangi. Jika kamu bermimpi yang tidak baik hendaklah berselindung kepada Allah, dan hendaklah ludahkan tiga kali, dan jangan diceritakan kepada siapapun. Dengan demikian tidaklah akan berbahaya kepada dirinya”.
Berselindung dengan Allah dengan membaca “Ta’awwudz” auzubillahhiminasyaita nirrajim”. Hadis Nabi:
Maksudnya:
“Kalau kamu bermimpi yang tidak menyenangkan, lekas bangun dan segera sembahyang”.
Menurut Ibn Khaldum: Alamat mimpi dan tafsir mimpi dan tafsir mimpi sudah ada dikalangan masyarakat zaman dahulu dan begitu juga dengan generasi yang sesudahnya. Ia wujud di kerajaan-kerajaan dan bangsa-bangsa sebelum Islam. Malangnya ilmu tafsir mimpi itu tidak sampai kepada pengetahuan kita sebab kita sudah puas hati dengan keterangan ramalan mimpi di kalangan masyarakat Islam. Dalam apa keadaanpun semua manusia boleh mendapatkan alamat mimpi dan mimpi-mimpi ini harus ditafsirkan.
Bagi orang Melayu mimpi dapat juga dibahagi kepada dua, iaitu mimpi benar yang datangnya dari kuasa ghaib (Tuhan atau malaikat). Kedua mimpi yang tidak benar yang datangnya dari gangguan terhadap fikiran atau perasaan.
Mimpi yang benar ini memainkan peranan penting bagi orang Melayu untuk meramal apa akan terjadi pada masa akan datang. Ia sejenis ilmu nujum, oleh yang demikian orang yang pandai menafsirkan mimpi selalu ada disetiap kampung. Di dalam istana juga selalu ada seorang yang pandai menafsirkan mimpi yang akan menafsirkan mimpi-mimpi raja. Raja pula biasanya sangat percaya dengan mimpi-mimpinya termasuk dalam urusan negara. Mimpi benar ini banyak digambarkan dalam pelbagai cerita penglipur lara, mitos asal usul, hikayat-hikayat, cerita-cerita rakyat dan sebagainya. Dalam Hikayat Raja Pasai disebutkan setelah Merah Silu di Islamkan pada siang hari, malamnya baginda bermimpi disuruh oleh Rasulullah saw mengangakan mulut dan di ludahkan mulutnya. Kesokan harinya ia terus pandai membaca Quran. Dalam kisah kedatangan Islam ke Melaka disebutkan pula tentang Raja Kecil Besar yang bermimpi berpandangan dengan Rasulullah dan di suruh mengucap dua kalimat syahadat. Kemudian namanya di tukar kepada Sultan Muhamad Syah. Dalam mimpi tersebut juga diberitahukan bahawa esok akan datang kapal dari Jedah dan ikutlah orang itu. Setelah hari siang ternyata mimpi Raja Kecil Besar itu itu benar semuanya. Seorang ulama dari Jedah telah datang dan Islamlah Raja Melaka dan penduduknya.
Dalam Hikayat Hang Tuah ketika Hang Tuah masih kecil ibunya bermimpi bulan telah jatuh di kepala anaknya dengan dikelilingi oleh empat bintang. Kemudian mimpi itu memberi alamat bahawa Hang Tuah akan menjadi hulubalang besar setelah dewasa*.
Dalam cerita penglipur lara juga sering dikisahkan tentang mimpi tokoh utamanya yang benar. Dalam hikayat Malim Deman, Malim Deman bermimpi bertemu dengan seorang wanita cantik. Seterusnya mimpi tersebut menjadi sebab ia melakukan pengembaraan untuk mencari perempuan dalam mimpinya tersebut.
Selain itu orang Melayu juga memahami mimpi datang dari gangguan fikiran manusia. Misalnya pada pantun berikut disebutkan:
Kepiat berlinang-linang
Mati disambar burung binti
Siang teringat malam terkenang
Dibawa tidur termimpi-mimpi
Kerana mimpi dianggap sesuatu yang penting dalam budaya Melayu, maka orang Melayu juga turut menulis kitab-kitab tafsir mimpi. Terdapat sekurang-kurangnya empat manuskrip tafsir mimpi yang dapat dikesan. Kitab-kitab tersebut ialah:
1. Kitab tafsir mimpi yang berjudul Tafsir Mimpi yang tersimpan di perpustakaan, Universiti Leiden dengan nomor (cod Or. 6672). Kitab ini terdiri daripada empat puluh bab menyatakan teks itu meliputi 40 bab.
2. Selain teks Cod Or 6672 yang pengarangnya mengatakan diterjemahkan ke dalam bahasa dari kitab Dar al-Manzum fi’l Syara’ al-Azam, terdapat sebuah naskah tersimpan di Leiden iaitu Cod. Or. 1695 yang berjudul Tafsir Mimpi juga.
3. Sebuah lagi kitab Tafsir mimpi ialah HS 604 yang tersimpan di Perpustakaan KITLV. Teks ini kemudiannya dijadikan latihan ilmiah oleh Surianiah bt Pakih Akademi Islam 1993 dengan judul, Manuskrip Tafsir Mimpi: Analisis dan Tranliterasi Teks. Beliau mendasarkan kajiannya dari salinan Microfiche 67 yang tersimpan di Perpustakaan Universiti Malaya. Kandungan manuskrip ini terbahagi kepada tiga; 1.Tafsir mimpi 2. Tafsir gerhana matahari dan bulan 3. Tafsir lindu.
4. Satu lagi teks Tafsir Mimpi oleh Abu Bakar Deris, Kedah. Ia dicetak oleh Sulaiman
Mari’e, Singapura, Pulau Pinang. Ia dibahagi dua; 1.Tafsir mimpi 2. Gerak badan
Manuskrip Tafsir Mimpi
Manuskrip tafsir mimpi ini ditulis oleh Abu Bakar Deris dari Kedah. Kemudian dicetak batu oleh Sulaiman Mari’e, Singapura, Pulau Pinang. Keseluruhan teks ini terdiri daripada tujuh puluh lima halaman. Ukuran kertas…..X……1280.
Isi manuskrip terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama tentang tafsir mimpi dan bahagian kedua tentang alamat pergerakkan badan. Bahagian tafsir mimpi pula di bahagikan kepada dua bahagian. Pertama tentang benda-benda di langit dan kedua tentang manusia. Berikut tafsiran mimpi secara keseluruhan berdasarkan teks tersebut:
Tentang Benda-benda di Langit.
Melihat Allah;
Segala kehendak diperolehi, jadi wali, mendapat kebesaran dunia akhirat.
Melihat Rasulullah sallahu alaihi wassalam;
Alamat masuk syurga, jika orang kapir akan masuk Islam.
Jika bermimpi dimurkai Allah atau dimurkai raja;
Alamat akan datang bala, wabak, musuh dan lapar.
Jibrail Alaihissalam datang kepadanya;
Sangat baik, segala usahanya dunia dan akhirat. Dapat rahmat Allah taala, dan setiap pekerjaannya segera menjadi.
Melihat malaikat;
Mendapat kemuliaan dan ketinggian serta ia berbuat amalan soleh. Melihat aras dan kursi, masuk syurga atau melihat anak-anak bidadari; Sangat baik. Jika berasal keturunan raja akan menjadi raja, jika asal menteri akan menjadi menteri. Mendapat umur yang panjang dan mendapat kebahagiaan.
Melihat titi sirotolmustaqim;
Setiap pekerjaan dan pencariannya selamat dan berkat.
Meniti;
Lepas daripada marabahaya dunia dan akhirat.
Meniti tidak lepas;
Akan mendapat kesusahan dan kesakitan.
Melihat luh mahfuz;
Menjadi hafaz Quran lagi menjadi sangat faham dan pengayatan, lepas daripada mara bahaya dan fitnah serta hilang daripada penyakit.
Jika bermimpi dikira-kira Allah Subahanahuataala pada hari kiamat;
Mendapat kesenangan dan mudah segala urusan dunia dan akhirat.
Naik ……alamat mendapat kekayaannya lagi murah, akan rezakipun tidak kurang.
Matahari dan bulan turun keribaan dan masuk ke tangan bajunya:
Alamat orang itu tiada boleh kekayaan di dalam dunia
Melihat matahari belah dua ataupun hitam warnanya;
Raja akan mati di dalam negeri itu atau negeri akan binasa atau kesusahan di dalam negeri itu. Negeri akan huru hara dan berlaku perperangan.
Melihat matahari dan bayang-bayang:
Musuh akan datang negeri itu.
Melihat kelam di dalam negeri;
Akan menjadi raja atau pembesar.
Bintang jatuh keribaan;
Mendapat kekayaannya atau mendapat anak yang soleh dan cucu yang soleh.
Jika bermimpi bintang masuk ke dalam rumahnya
Alamat anak raja akan jadi beriman ataupun anak orang yang bermimpi menteri. Jika bermimpi diri di todong orang
Alamat mendapat kekayaan dan barang yang dicita-cita diperolehnya.
Jika bermimpi mendengar suara halilintar kuat atau guruh petir:
Alamat bahaya, daripada raja-raja datang kepadanya hendak berbuat aniaya atau
akan rezeki akan mahal di dalam negeri itu.
Bermimpi hujan lebat:
Alamat murah makanan di dalam negeri itu lagi sentosanya.
Bermimpi hujan atau ribut:
Alamat musuhnya akan datang dari negeri asing atau raja-raja di dalam negeri itu aniaya.
Bermimpi angin keras berterbangan segala daun ataupun tiang beliung;
Akan datang bala atau wabak atau musuh asing akan datang ke negeri kita.
Bermimpi ribut atau hujan lagi kelam kabut lagi gerhana:
Alamat musuhnya akan datang atau orang besar atau orang raja-raja negeri itu akan mati. Atau dianiaya oleh negeri asing yang pernah bermusuh-musuhan dengannya.
Bermimpi angin barat:
Alamat musuhnya akan datang binasakan negeri dan mendapat kebajikan dan sentosa orang dalam negeri itu.
Bermimpi angin keras bergerak-gerak daun kayu:
Alamat orang bertengkar.
Bermimpi angin timur:
Alamat menang daripada musuhnya, jika pergi berjudipun dapat menang.
Bermimpi hujan banyak:
Alamat mendapat harta yang halal tanpa bersusah payah.
Bermimpi berjumpa dengan seekor ular yang bisa lagi besar rupanya:
Alamat mendapat isteri yang cantik lagi kaya dan orang itu bertuah sangat-sangatlah. Beriman dengan Allah Subahanauataala, kemudian orang yang beriman itulah bertuah benar di sisi Allah Subahanahuataala.
Bermimpi mandi air hujan atau sungai:
Alamat mendapat harta yang banyak dan berkawan ramai dan kawanpun sayang kepadanya.
Bermimpi melihat matahari:
Alamat mendapat kebajikan dunia dan akhirat.
Tentang Manusia.
Mimpi melihatnya, Rasulullah Salallhualaihi wassalam atau segala nabi dan itu:
Alamat masuk syurga. Jika ia kapir akan masuk Islam dan mendapat pahala dunia dan akhirat. rahmat.
Bermimpi melihat kadi yang adil atau zahid pertapaannya:
Sama seperti melihat Jibrail Aliahissalam.
Bermimpi melihat pendita atau fakir
Alamat dikurniai Allah Taala.
Bermimpi melihat Abu Bakar atau Umar atau Ali Radiollah huanhum
Alamat menjadi orang besar-besar atau menjadi zahid atau pendeta atau fakih. Banyak orang taat,dan rajapun adil di dalam negeri itu.
Bermimpi melihat pendita, ulamak dan fukaha banyak mati:
Alamat binasa itu agama dalam negeri itu.
Bermimpi melihat laki-laki banyak daripada perempuan:
Alamat kebajikan di dalam negeri itu.
Bermimpi banyak kanak-kanak daripada orang tua dan orang tua menjadi kanak-kanak:
Alamat mendapat sesuatu yang menggembirakan.
Bermimpi mendapat emas atau perak:
Alamat orang itu akan dapat anak daripada isterinya dan anak itu akan menjadi seorang yang beriman.
Bermimpi berjumpa dengan emas atau perak sahaja:
Alamat akan dapat tunangan orang kaya lagi beriman.
Bermimpi naik gajah besar:
Alamat hendak bersuami orang besar di dalam kampung atau di dalam negeri.
Bermimpi naik gajah:
Alamat mendapat kesusahan dengan angin ribut yang sangat besar di sendiri.
Bermimpi gajah itu mati:
Alamat hilang ribut daripada kampung kita dan selamat.
Bermimpi anak ular besar:
Alamat kekasih kita diambil oleh orang, tidak kasih perempuan itu kepada kita.
Bermimpi berenang air sungai:
Alamat mendapat pekerjaan yang sangat susah.
Bermimpi berenang di sungai dan lemas:
Alamat hidup kita susah dan hendak sakit berat.
Bermimpi mandi hujan atau sungai:
Alamat mendapat harta yang banyak kepadanya.
Bermimpi melihat kubur banyak:
Alamat huru-hara di dalam negeri itu.
Bermimpi dirinya baik daripada demam:
Alamat mendapat sesuatu yang diinginkannya.
Bermimpi beristeri:
Alamat berjaya yang dikerjakannya.
Mimpi menjahit pusat:
Alamat akan beristeri, Jikalau perempuan segera bersuami dan rezekipun sangat murah.
Bermimpi melihat budak-budak:
Alamat akan beristeri dan beranak muda.
Bermimpi dia ditempatkan orang di suatu tempat yang susah:
Alamat mendapat kemenangan daripada musuhnya.
Bermimpi terpenjara
Alamat bertapa.
Bermimpi orang kaya terpenjara:
Alamat keluarga turun daripada kekayaannya.
Bermimpi dirinya dirantai oleh orang:
Alamat jahat pekerjaan dan jahilnya lagi kurang bicara dan lagi orang banyak bencinya akan dia.
Bermimpi muka merah atau hitam:
Alamat bahaya akan datang kepadanya atau atas negeri itu.
Bermimpi putih mukanya:
Alamat murah makanan di dalam negerinya itu, terlalu sentosa negeri itu.
Bermimpi giginya patah di atas:
Alamat saudaranya mati atau keluarganya sakit atau saudara sakit serta-merta.
Bermimpi patah giginya sebelah bawah:
Alamat saudara sebelah ibu akan sakit atau mati dan kemudian sakitnya berat s sangat-sangat hampir matipun boleh jadi.
Bermimpi patah gigi sebelahnya atas serta gigi gerham:
Alamat ibu atau bapa akan sakit atau mungkin mati.
Bermimpi gigi garham sebelah bawah patah:
Alamat ibu atau datuk tiap-tiap sebelah ibu kita sakit, atau anak hampir mati.
Bermimpi dirinya tergantung oleh orang atau diikat:
Alamat luput daripada kesalahan.
Bermimpi dirinya dipalu orang:
Alamat diberi harta oleh orang asing yang tidak di kenali. Bermimpi dirinya dipukul orang, dua belah berdarah, alamat mudah mendapat harta.
Bermimpi dua belah tangan kita dikudung oleh orang:
Alamat bahaya akan datang kepadanya atau harta hilang.
Bermimpi harimau menangkap kita:
Alamat diperdayakan orang.
Bermimpi dirinya sesat:
Alamat jahat pekerti dan pekerjaan, maka hendaklah taubat.
Bermimpi dibawak orang kayu api ke rumahnya:
Alamat beras padi banyak diberi orang kepadanya serta murah makanan di dalam negeri itu.
Bermimpi menulis surat:
Alamat lanjut umurnya. Jika bermimpi dirinya belayar atau berniaga alamat mendapat kebesarannya.
Bermimpi kahwin dengan isteri orang:
Alamat raja di dalam negeri itu akan melakukan sesuatu perbuatan aniaya.
Bermimpi mencium orang atau perempuan orang:
Alamat jahat pekerti.
Bermimpi setubuh dengan ibu atau dengan saudara yang haram bernikah:
Alamat mendapat sukacita, kebajikan dan kekayaan. Kehidupan dunia dan akhirat akan mendapat kesejahteraan.
Bermimpi timbangan baik:
Alamat senang pencariannya. Jika timbangan patah, alamat zalim orang itu dan segera ia mati.
Jika bermimpi dakwat atau kalam:
Alamat mendapat isteri atau mendapat harta yang halal dan isteri yang cantik lagi kaya.
Bermimpi dipukul orang kepalanya atau kepala orang lain:
Alamat binasa, maka hendaklah segera sedekah memberi fakir-fakir miskin supaya terlepas daripada bencana tersebut.@
Bermimpi janggut panjang:
Alamat akan bertapa di dalam bukit dengan seorang diri.
Bermimpi mata atau tubuhnya bercahaya:
Alamat mendapat kebajikan yang sangat.
Bermimpi matanya buta atau telinganya tuli:
Alamat duka cita menimpa ibu bapak, adik beradik atau sahabat dekat.
Bermimpi gigi patah sebelah bawah atau tidak tahu mana-mana satu giginya:
Alamat hendak bercerai dengan isteri atau kehilangan pekerjaan.
Bermimpi darahnya bercucuran daripada tubuhnya:
Alamat bercerai dengannya ibu ataupun sakit hampir mati.
Bermimpi mencabut pusat kiri dan kanan
Alamat bercerai dengan ibu bapaknya.
Bermimpi berjumpa dengan orang jahil @
Alamat kita akan meninggalkan perkara-perkara yang jahat dan kembali kepada jalan yang benar.
Bermimpi mencukur atau jatuh bulu ketiak:
Alamat lepas daripada hutang.
Bermimpi air liur keruh:
Alamatnya harta akan hilang atau didustai orang atau pun orang hendak khianat kepada kita.
Jika bermimpi muka bergerak:
Alamat susah rezekinya.
Jika bermimpi mengurut orang atau orang mengurut kita:
Alamat lepas daripada kesusahan.
Rumah tinggi
Alamat keluarga, ibu bapak atau sahabatnya selamat sentosa dan hidup aman damai.
Jika bermimpi diri berilmu atau berjumpa dengan orang berilmu:
Alamat menjadi penghulu besar di dalam kampung ataupun di dalam dusun dan di dalam bandar-bandar ataupun di dalam negeri.
Jika bermimpi membuat diri atau membuat berhala atau menyembah:
Alamat melakukan perbuatan derhaka kepada Allah taala.
Jika bermimpi menjadi binatang
Alamat akan ada bala bencana ataupun kehilangan harta yang paling besar sekali.
Jika bermimpi rambutnya panjang:
Alamat mendapat sahabat, isteri, anak atau mendapat harta. Jika perempuan alamat mendapat suami yang beriman lagi baik budi bahasanya.
Jika bermimpi terbang tinggi seperti burung-burung di hutan:
Alamat mendapat laba, jika pergi berniaga sangat baik Jika perempuan hendak mendapat kesenangan.
Jika bermimpi diri kedal, puru atau panau:
Alamat mendapat anak laki-laki.
Jika bermimpi dirinya kurus@
Alamat mendapat rahmat daripada Allah Subahanauataala.
Jika bermimpi memotong rambut sendiri:
Alamat bercerai isteri atau bercerai dengan ibu bapak ataupun dengan anak.
Jika bermimpi berselindung
Alamatnya lepas daripada kesusahan dunia, tidak ada orang hendak menyakitinya pada bulan atau tahun itu.
Jika bermimpi membuang darah:
Jika kita mengidap penyakit mulut dan sopak alamat akan sembuh penyakit itu.
Jika bermimpi banyak keluar darah daripada tubuh dan air keluar dari badan:
Alamat mendapat harta yang halal dan pendapatan yang banyak dengan kerja sedikit, mendapat emas dan perak dengan mudah.
Jika bermimpi diri pendek:
Alamat tidak menjadi sebarang pekerjaan.
Jika bermimpi diri gila:@
Alamat lepas daripada penyakit wabah yang menghinggapi orang kampung dan lepas dari segala bahaya.
Jika bermimpi lekat getah nangka:
Alamat yang ingin kita kerjakan tidak akan berjalan dengan baik kerana mendapat halangan.
Jika bermimpi dirinya merasa seperti perempuan:
Alamat mendapat anak dan harta yang halal dan mendapatkan sahabat yang baharu.
Jika bermimpi dirinya disumpah orang:
Alamat tidak baik, tidak boleh memulakan sesuatu pekerjaa yang besar seperti membuat rumah, orang kampung tidak pula membantu kita jika kesusahan, tetapi tidak pula akan menghadapi bahaya besar.
Jika bermimpi menangis:@
Alamat mendapat kebaikan lagi menggembirakan.
Jika bermimpi mati kemudian hidup balik:
Alamat semua keinginan akan diperoleh.
Jika bermimpi mati:@
Alamat umurnya akan panjang sampai bongkok.
Jika bermimpi orang yang mati:
Alamat kesusahan hendak datang atau berkelahi.
Jika bermimpi dirinya dibawa orang ke kubur maka itu:
Alamat mendapat kekayaan, dan banyaklah kawan sahabat hendak bertumpu-tumpuan pada kita.
Jika bermimpi berpesan-pesan dengan orang yang mati:
Alamat sebarang pekerjaan tidak akan hasil kerana dihalang oleh orang.
Jika bermimpi menjadi raja:
Alamat sebarang segala pekerjaan mendapat aniaya oleh orang dan banyak orang tidak setuju dengan perbuatan kamu itu.
Jika bermimpi dirinya dibunuh oleh orang:
Alamat lanjut umurnya atau mendapat harta banyak iaitu besar dalam perniagaan.
Jika bermimpi tidak mati.
Alamat singkat umurnya.
Jika bermimpi melihat kepala orang atau mata orang:
Alamat mendapat emas dan perak yang banyak dan senang di dunia ini, sahabatpun tidak dengki kepada kamu.
Jika bermimpi terbang ke atas kayu atau burung yang di tempat tinggi:
Alamat hendak bercerai dengan isteri dengan tidak ada kesalahan besar.
Jika bermimpi diiringkan masyaikh
Alamat dipelihara Allah Subahanahuataala.
Jika bermimpi dimurkai masyaikh:
Alamat dimurkai raja atau orang besar-besar penghulu kampung ataupun dua ibu bapaknya.
Jika bermimpi ia berkata-kata dengan khalifah ataupun duduk dengan dia:
Alamat sebarang katanya diturut orang. Kawan-kawan suka hendak menolongnya.
Jika bermimpi dimurkai oleh raja:
Alamat mendapat harta.
Jika bermimpi berkelahi dengan khalifah atau berbalah-balah dengan khalifah dan menang:
Alamat susah segala yang dikerjakan, jika berniaga selalu rugi.
Jika bermimpi digantung orang:
Alamat lepas daripada hutang, jika tidak boleh membayarnya tidak beberapa lama kita akan dapat membayar hutang itu.
Jika bermimpi dirantai oleh orang lehernya:
Alamat tidak menurut jalan agama, maka segera bertaubat kepada Allah Subahanahuataala supaya lepas daripada neraka.
Jika bermimpi diperhamba orang yang hina:
Alamat mendapat pusaka dari orang tua.
Jika bermimpi membilang-bilang tidak tepat-tepatnya:
Alamat akan dukacita kerjanya tiada akan bertambah rezeki.
Jika bermimpi melihat kambing banyak:
Alamat sempurna pekerjaan atau mendapat hamba atau mendapat rezeki yang halal daripada Allah Subahanahuataala.
Jika bermimpi makan daging lembu:
Alamat mendapat rezeki yang halal.
Jika bermimpi kelihatan urat pada pipi kambing atau pada bibirnya:
Alamat hujan banyak pada itu.
Jika bermimpi urat bercampur merah
Alamat huru hara pada tahun ini di dalam negeri ataupun di dalam kampung-kampung.
Jika bermimpi kerbau atau lembu di kandangnya:
Alamat mendapat kekayaan dan kemuliaan.
Jika bermimpi naik kuda ataupun naik unta:
Alamat mendapat kemuliaan dan kebajikan. Segala keinginan dikabulkan oleh Allah Subahanahuataala.
Jika bermimpi gajah ataupun tepuk gajah:
Alamat dimuliakan orang dan mendapat kebesaran dari pemimpin.
Jika bermimpi membunuh gajah:
Alamat mendapat nikmat dunia dan akhirat.
Jika bermimpi berhias naik gajah:
Alamat orang kaya dan orang yang besar-besar, adik beradiknya dan Allah saw sayang kepadanya.
Jika bermimpi melihat gajah berjuang:
Alamat orang yang besar-besar berbalahan dan bermusuhan sama sendiri di dalam negeri ataupun di dalam kampung tidak berhenti-henti untuk jangka masa yang lama.
Jika bermimpi harimau masuk kampung atau dusun:
Alamat musuh akan datang.
Jika bermimpi harimau datang kepada kita:
Alamat mendapat harta yang haram dan orang pun takut kepadanya.
Jika bermimpi membunuh seekor binatang:
Alamat kesusahan atau dicela dengan tutur kata oleh orang kampung.
Jika bermimpi melihat babi atau anaknya:
Alamat orang itu melakukan perkara aniaya.
Jika bermimpi minum susu:
Alamat mendapat sentosa, jika budak-budak kecil yang meminum itu alamat hendak mendapat dukacita.
Jika bermimpi orang melihat bayi, membunuh bayi atau tikus:
Alamat naik haji ataupun mendapat pahala naik haji. Pada tahun itu banyak dia berbuat amal ibadah dan kebajikan.
Bermimpi bermain dengan tikus pada malam hari:
Alamat banyak orang bermusuhan dengan kita dalam masa sebulan atau seminggu dari mimpi itu.
Jika bermimpi kucing datang ke rumahnya:
Alamat orang akan datang ke rumahnya. Jika banyak kucing alamat ia akan berbuat banyak kebajikan dan terasa hendak berbuat kebajikan pada tahun ini ataupun pada bulan ini ataupun hari ini.
Jika bermimpi naik unta, anak kuda, anak hamar, anak gajah, anak kerbau ataupun lembu:
Alamat mendapat isteri ataupun harta yang banyak.
Jika besar kudanya:
Alamat mendapat kekayaan dan umurnya pun dilanjutkan oleh Allah Subahanahuataala.
Dan lagi jika bermimpi harimau masuk ke dalam negeri, kampung atau dusun:
Alamat musuh-musuh akan datang mengganggu ke rumah kita. Kita pun merasa lemah berhadapan dengannya.
Jika bermimpi membunuh seekor binatang:
Alamat mendapat kesusahan ataupun jadi kecelaan kata.
Jika bermimpi makan daging kuda atau minum susu kuda:
Alamat mendapat kekayaan serta dilanjutkan umur oleh Allah Subahanahuataala.
Jika naik kuda putih:
Alamat mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
Jika mimpi kuda
Baik mimpi itu.
Jika kuda berbaju besi:
Alamat lepas daripada bahaya dunia dan akhirat.
Jika bermimpi binatang liar di iringkan kepadanya ataupun menyuruh katanya:
Alamat lanjut umurnya ataupun mendapat kekayaan.
Jika bermimpi unta banyak:
Alamat berharap orang kepadanya.
Jika bermimpi berkata-kata dengan binatang:
Alamat menanggung pekerjaan.
Jika bermimpi menyembelih biri-biri atau kambing:
Alamat menang dari musuhnya kalau berniaga akan mendapat untung yang besar.
Jika bermimpi melihat kepala lembu dan biri-biri ataupun kambing
ataupun binatang yang halal:
Alamat mendapat kekayaan dan mendapat emas dan perak dengan mudah.
Jika bermimpi peladuk ataupun kambing datang kepada dia:
Alamat mendapat isteri jahat dan buruk tingkah lakunya.
Jika mimpi makan daging:
Alamat mendapat kebajikan yang banyak, jika perempuan alamat mendapat suami yang jahat.
Jika bermimpi binatang yang di dalam negeri Yaman gemuk:
Alamat sempurna di dalam negeri itu, anak di dalam kampung atau di dalam dusun, akan murah rezeki.
Jika kurus sekalian binatang itu:
Alamat makanan di dalam negeri itu sangat-sangatlah mahal dan orangpun banyak susah cari makan kehidupan sehari-hari.
Jika bermimpi rumah atau rumah orang runtuh:
Alamat kejahatan, harta berkurang atau difitnahkan orang dirinya kepada raja.
Jika bermimpi melihat bukit atau pun tanah tinggi:
Alamat sentosa dan lepas daripada dukacita. Jika ternakan dicuri orang akan dapat kembali benda-benda yang dicuri itu.
Jika bermimpi naik ke atas bukit dan duduk di sana:
Alamat mendapat kebajikan, kekayaan dan hendak menjadi penghulunya. Kata-kata kitapun mudah diikuti oleh orang kampung. Orang ramaipun merasa sayang kepada kita. Kitapun terasa hendak berbuat amal untuk akhirat.
Jika bermimpi pohon kayu runtuh ke atas bukit:
Alamat turun daripada tempat mulia seperti jika orang itu berpangkat tinggi akan
jatuh dari kedudukan itu.
Jika bermimpi naik rumah besar ataupun rumah orang-orang besar-besar:
Alamat kata-katanya akan diturut orang, tidak ada orang yang akan memusuhinya.
Jika bermimpi sebuah rumah:
Alamat menjadi kaya tahun ini, dimudahkan oleh Allah Subahanahuataala rezekinya.
Jika bermimpi membuat dinding rumah:
Alamat setiap kerjanya selamat sentosa. Jika kita hendak membuat sesuatu seperti menjual barang, berniaga, membuat rumah atau nikah kahwin inilah saatnya yang baik.
Jika bermimpi melihat rumah tinggi:
Alamat mendapat pertolongan dari orang baik dan berilmu. Setiap pekerjaan kita akan mendapat pertolongan dari orang dan orang pun tidak dengki kepada kita.
Jika bermimpi melihat tangga patah:
Alamat orang dengki dan hendak khianat kepada kita. Setiap pekerjaan kita banyak halangannya. Banyak orang merasa dengki kepada kita dan jika membuat sesuatu pekerjaan tidak berhasil.
Jika bermimpi daun-daun kayu yang hijau-hijau ataupun melihat padang luas:
Alamat hendak mendapat laba sangat banyak.
Jika bermimpi harma, ataupun batu:
Alamat murah rezekinya. Akan memeroleh emas dan perak tanpa bersusah payah mencarinya.
Jika bermimpi pohon delima berbuah masak ataupun buahnya muda:
Akan dibawakan orang harta kepadanya, dan ia pun menyukainya dan negeri pun sentosa.
Jika bermimpi menanam tumbuhan-tumbuhan:
Alamat mendapat harta yang banyak.
Jika bermimpi mesjid runtuh:
Alamat raja, orang besar ataupun penghulu akan mati. Jika tidak mati pun susah sehabis susah di dalam negeri itu.
Jika bermimpi pohon gandum, padi atau kacang:
Alamat mendapat rahmat Allah.
Jika bermimpi melontar daun kayu dengan perlahan-perlahan:
Alamat bahaya akan datang di dalam setahun, dua tahun, sebulan, dua bulan, seminggu, dua minggu, sehari, dua hari akan datang. Jika bermimpi demikian hendaklah berdoa kepada Allah banyak-banyak.
Jika bermimpi menanam padi yang boleh dimakan buahnya:
Alamat setiap kata-katanya dituruti orang.
Jika bermimpi menanam sebarang bunga:
Alamat banyaklah orang bertumpu kepadanya dan banyak pula orang menyayanginya.
Jika bermimpi menanam pohon kayu yang masam:
Alamat dukacita, misalnya hartanya di curi orang.
Jika bermimpi membuat hama:
Alamat tidak kurang rezeki datang kepadanya.
Jika bermimpi menanam, memungut dan mengambil kapas:
Alamat mendapat laba dan kebaikan untuk akhirat.
Jika bermimpi mengikat kapas:
Alamat akan membuat kebajikan pada tahun ini, bulan ini ataupun pada hari ini.
Jika bermimpi tulis menulis:
Alamat kebaikan untuk akhirat.
Jika bermimpi bunga:
Alamat mendapat isteri ataupun kebaikan. Jika perempuan alamat mendapat suami yang cantik paras lagi beriman. Jika laki-laki alamat beristeri yang cantik dan pandai mengurus rumah tangga.
Jika bermimpi berpesan ataupun bercerita-bercerita dengan orang:
Alamat derhaka ia kepada Allah Subahanahuataala, tetapi jika menang cerita-cerita itu alamat menang daripada musuhnya. Tetapi mintalah doa kepada Allah Taala janganlah derhaka kepadanya masa hidup kita mintalah digolongkan dikalangan orang-orang yang beriman kepada Allah semata-mata.
Jika bermimpi berkata harap betul:
Alamat kerjanya menjadi atau mendapat isteri yang baik lagi elok rupa parasnya.
Jika bermimpi seperti permata dan manikam atau barang-barang berwarna:
Alamat mendapat harta ataupun menjadi penghulu kampung.
Jika bermimpi bergelang perak pada kakinya:
Alamat mendapat kebajikan dan orang pun sayang kepadanya dan mendapat harta yang banyak.
Jika bermimpi dirham banyak tetapi dilihat dua:
Alamat akan dapat harta dan hendak berkelahi dengan kawan-kawannya.
Jika bermimpi emas, perak dan timah:
Alamat sebarang pekerjaan tidak menjadi.
Jika bermimpi bergelang besi ataupun bermain-main benda keras:
Pekerjaan itu payah hendak rugi dan jalan rugi tidak ada.
Jika bermimpi timah dipakai:
Alamat dukacita iaitu susah hati.
Jika bermimpi emas bertatah mata pudi ataupun manikam:
Alamat kaya ataupun mendapat anak laki-laki. Jika belum mengandung lagi akan mengandung.
Jika bermimpi berkuda ataupun payung atau naik tanah tinggi:
Alamat hendak menjadi penghulu kampung atau hendak ketua-ketua kampung, dan orang akan mendengar nasihatnya kemudian banyak pula orang kampung sayang kepadanya.
Jika bermimpi berikat pinggang:
Alamat lanjut umurnya.
Jika bermimpi berkain hijau:
Alamat diperkati Allah Taala segala kerjanya, misalnya jika hendak mendirikan rumah atau lain-lain pekerjaan.
Jika bermimpi memakai kain putih atau hijau:
Alamat baik, boleh memulai sebarang kerja seperti hendak berniaga ataupun hendak bernikah.
Jika bermimpi berkain:
Alamat tidak baik, akan datang kesusahan dan dukacita kepadanya, minta doa selalu kepada Allah Taala, semoga dilepaskan dukacita itu.
Jika bermimpi berkain merah:
Alamat tidak baik juga, kerana hendak ditimba kesusahan dan dukacita. Minta doa kepada Allah Subahanahuataala supaya lepas bala itu.
Jika bermimpi pakai kain:
Alamat mendapat laba dan boleh hendak membuat sesuatu pekerjaan seperti hendak berniaga dan mendirikan rumah.
Jika mimpi memakai gelang kaki:
Alamat mendapat kebajikan dan terasa hendak membuat ibadat pada ini hari dan seumur hidup.
Jika bermimpi emas banyak di rumah:
Alamat lepas daripada hutang atau mendapat hamba.
Jika bermimpi memakai harum-haruman:
Alamat hendak sakit, tetapi segera sembuh dan boleh memulai sesuatu kerja yang besar.
Jika bermimpi berjabat pelana kuda:
Alamat berhimpun harta kepadanya, emas dan perak segera dapat.
Jika bermimpi kain pinggang carik:
Alamat keluarga atau sahabat-sahabatnya yang disayangi mati.
Jika bermimpi baju carik:
Alamat dia akan mati atau hendak sakit atau sangat susah.
Jika bermimpi air sungai banjir:
Alamat lepas daripada dukacita.
Jika bermimpi keruh:
Alamat bertapa dan hendak melakukan kerja yang disukai oleh Allah Subahanahuataala.
Jika bermimpi sungai kering:
Alamat sakit di dalam negeri, di dalam kampung ataupun di dalam dusun itu.
Jika bermimpi telaga banyak air:
Alamat menjadi kampung ataupun ketua kampung dan dimudahkan Allah Subahanahuataala rezekinya, seperti berjaya di dalam berniaga ataupun pekerjaan lain yang diusahakan.
Jika bermimpi labah bersarang di dalam telaga ataupun jatuh ke dalamnya:
Alamat dia dimuliakan orang. Orang-orang kampung sentiasa sayang kepadanya, jika minta tolong mudah ditolongnya.
Jika bermimpi mandi di dalam sungai:
Alamat akan mendapat rahmat dan mudah mendapat sesuatu yang dikehendakinya.
Jika bermimpi menyelam di dalam sungai yang sejuk airnya:
Alamat mendapat nikmat dunia dan juga akhirat iaitu hendak berbuat kebajikan waktu hari ini dan mendapat nikmat daripada dunia seperti mendapatkan sesuatu juapun, mendapatkan emas dan pikir apa yang diberikan Allah Subahanahuataala kepadanya dengan bermacam-macam caranya.
Jika mimpi berenang di dalam sungai ataupun di dalam laut:
Alamat suatu pekerjaan tiada menjadi dan tidak pula merusakkan lagi hanya setakat tiada menjadi habuang bagi dia sahaja itu.
Jika bermimpi melompat sungai, apabila tidak kembali balik:
Alamat ajal akan hampir kepadanya.
Jika bermimpi air laut jadi tawar atau manis:
Alamat luput daripada bahaya dan mendapat harta kepadanya, mendapat harta yang halal tanpa bersusah payah.
Jika bermimpi naik kapal, jung atau perahu:
Alamat lepas daripada bahaya.
Jika bermimpi ombak besar lalu naik ke rumahnya:
Alamatnya hendak mendapat isteri, Jika perempuan:
Alamat hendak kahwin dengan seorang kenamaan.
Jika bermimpi air hangat:
Alamat dukacita sangat-sangat seperti kematian adik beradik, saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga.
Jika bermimpi susu kita banyak airnya:
Alamat menjadi penghulu ataupun mendapat harta banyak.
Jika bermimpi handai taulan:
Alamat lepas daripada kesusahan dan mendapat sentosa.
Jika bermimpi mengambil air sembahyang:
Alamat sempurna sebarang pekerjaan.
Jika bermimpi minum air zamzam atau kausyar:
Alamat mendapat sejahtera dunia dan juga akhirat.
Jika mimpi menerima sesuatu:
Alamat mendapat harta ataupun ilmu pengetahuan yang banyak
Jika mimpi minum tuak:
Alamat hendak pergi belajar ilmu di suatu tempat.
Jika bermimpi berenang tidak boleh atau lalu pada tempat yang sangat bahaya:
Alamat mendapat harta ataupun ilmu pada tahun ini, bulan ini, minggu ini atau hari ini.
Jika bermimpi air sungai deras hilir mudik:
Alamat mendapat harta atau hendak mendapatkan batu cincin atau hendak mendapat hamba sahaya perempuan.
Jika bermimpi air laut bercampur darah:
Alamat negeri diserang penyakit atau musuh dan tidak juga binasa oleh musuh musuhnya itu tetapi sangat susah.
Jika bermimpi memeras minyak dari kepala:
Alamat lepas daripada penyakit atau sesuatu yang bahaya terhadap kita seperti penyakit taun dan sebagainya.
Jika bermimpi berjalan ataupun berlayar bersendirian:
Alamat dimuliakan orang dan diikuti orang.
Jika bermimpi ayam sabung ataupun ayam teruna:
Alamat mendapat anak laki-laki ataupun anak yang baik pekertinya.
Dan jika bermimpi ayam banyak di bawah rumah atau di dalam kampung:
Alamat mendapat isteri yang baik budi bahasa, cantik lagi taat kepada suaminya.
Jika perempuan alamat hendak mendapat suami yang baik dan berbudi bahasa.
Jika mimpi telur atau daging ayam sembelih:
Alamat mendapat kebajikan di dalam dunia ini. Juga akan membuat kebajikan seperti hendak memberi makan orang miskin atau hendak pergi menuntut ilmu di sesuatu tempat.
Jika bermimpi bermain-main telur ayam:
Alamat sahabat dengan orang-orangnya hendak khianat akan kita atau dusta akan dia.
Jika bermimpi memakan daging ayam ataupun daging burung:
Alamat mendapat dirham ataupun duit yang banyak.
Jika bermimpi bunyi burung hantu di rumah:
Alamat keluarga, sahabat-sahabat, jiran-jiran ataupun adik beradiknya mati.
Jika bermimpi berbunyi burung hantu di hutan:
Alamat orang akan mengikuti kata-katanya.
Jika bermimpi memakan daging burung hantu:
Alamat harta akan datang dengan mudah kepadanya, dimurahkan rezekinya oleh Allah Subahanahuataala.
Jika bermimpi kanak-kanak datang:
Alamat mendapat harta juga pada tahun ini, bulan ini, ataupun pada hari ini.
Jika bermimpi merak datang kepadanya ataupun ditangkap:
Alamat mendapat kekayaan ataupun mendapat anak laki-laki..
Jika bermimpi burung banyak datang kepadanya:
Alamat mendapat isteri, emas, perak ataupun mendapat anak. Jika perempuan akan mendapat suami atau mendapat anak.
Jika bermimpi merak betina atau merpati banyak datang kepadanya:
Alamat mendapat riba.
Jika bermimpi memakan daging merak:
Alamat mendapat hamba dan duit.
Jika bermimpi lebah madu, lalat ataupun nyamuk datang kepadanya:
Alamat banyak kata-kata orang kepadanya.
Jika bermimpi belalang:
Alamat musuh akan datang kepadanya.
Jika bermimpi merak berjantan dengan ayam:
Alamatnya isteri berbuat jahat atau anak kita berbuat jahat. Ingat-ingat masa hadapan mungkin isteri kita hendak berbuat zina dengan jantan yang lain. Jika perempuan bermimpi alamat suaminya hendak berbuat jahat dengan perempuan-perempuan yang lain. Jika anak laki-laki maka pergi berjahat dengan orang-orang perempuan, jika perempuan pergi berjahat dengan laki-laki. Jaga-jaga masa hadapan.
Jika bermimpi burung terbang ke rumah kemudian burung itu langsung pergi ke rumah orang pula:
Alamat mendapat sukacitanya.
Jika bermimpi burung putih ke rumahnya ataupun ditangkap pula:
Alamat mendapat isteri yang budiman lagi berbahasa dan mendapat harta.
Jika bermimpi menyabung ayam jantan:
Alamat hendak berkelahi sama-sama sendiri atau dengan sahabat kampung ataupun keluarga adik beradik.
Jika bermimpi menyabung itu menang:
Alamat mendapat kebaikan lagipun senang sentosa di dalam kerabat-kerabat kita.
Dan jika bermimpi kera datang ke rumah kita:
Alamat ada orang akan tinggal atau kerabat kita akan datang bercuti di rumah kita.
Jika bermimpi memakan daging:
Alamat penyakit akan datang kepadanya seperti penyakit kulit dan penyakit badam gatal, penyakit barah dan lain-lain lagi penyakit.
Jika bermimpi bermain kuda:
Alamat orang dusta kepada kita.
Jika bermimpi membuat naga:
Alamat sebarang yang dikehendaki diperoleh.
Jika bermimpi naga besar dari pediriannya ataupun ular atau lipan banyak:
Alamat musuh datang kepadanya dengan geram lagi hebat hendak membunuhnya, tetapi tidak boleh musuh itu berbuat sesuka hati.
Jika bermimpi dipalu naga atau ular yang besar:
Alamat musuhnya tidak akan dapat membinasakannya.
Jika bermimpi tuma atau kutu di kelilingnya:
Alamat mendapat bahaya seperti terjatuh di atas pokok, tenggelam perahu dan lain-lain.
Jika bermimpi dibunuh tuma ataupun kutu:
Alamat berpisah dengan isteri, keluarga, sahabat-sahabat, ibu bapa ataupun dengan tuan-tuan guru kita.
Jika bermimpi keluar kutu daripada tubuhnya:
Alamat lepas daripada merbahaya.
Jika bermimpi ikan…..atau membilang ataupun mabuk datang kepadanya:
Alamat mendapat hamba dan harta.
Jika bermimpi harta atau buai:
Alamat musuh hendak khianat kepada kita tetapi dapat dilawan.
Jika bermimpi disepit ketam:
Alamat bertemu dengan orang hina.
Jika bermimpi mengambil ikan dan ikan itu melawan:
Alamat mendapat harta ataupun mendapat emas dan perak.
Jika bermimpi disengat oleh binatang yang berbisa:
Alamat mendapat dukacita seperti kehilangan barang-barang berharga.
Jika bermimpi ular banyak:
Alamat orang dengki kepadanya.
Jika bermimpi dipatuk oleh ular ataupun dia dibelit:
Alamat mendapat isteri yang cantik, lagi berbakti kepada suaminya. Jika perempuan akan segera bersuami dan akan mendapat harta yang banyak.
Jika bermimpi lintah mengerat akan dia:
Jika perempuan banyak pula orang yang pergi meminang dan hendak kahwin dengan dia. Jika laki-laki alamat banyak orang dengki dan benci kepadanya, maka harap minta doa kepada Allah Subahanahuataala supaya di lepaskan daripada bala.
Jika bermimpi makan apam:
Alamat mendapat harta dan orang-orang sayang kepadanya dan banyak orang-orang percayakannya.
Jika bermimpi menurut dengan raja, dengan orang besar-besar, penghulu-penghulu, khalifah, pahlawan ataupun wazir-wazir:
Alamat yang setiap yang hendak dilakukan akan berjaya.
Jika bermimpi berjual apam:
Alamatnya rezeki akan kurang seperti kerja banyak pendapatannya kurang, jika berniaga susah mendapat laba banyak, hanya sekadar sahaja rugipun tidak. Waktu itu juga kurang baik bagi orang yang hendak membuat sesuatu benda.
Jika bermimpi memakan sakar:
Alamat sukacita.
Jika bermimpi memakan asam ataupun barang masam:
Alamat akan sakit ataupun bersedih. Tidak boleh pergi melakukan perjalanan jauh atau nikah kahwin, kerana dukacita akan datang kepada kita.
Jika kita bermimpi memakan akar kayu untuk ubat suatu penyakit:
Alamat kita akan hidup sentosa dan senang di dalam rumah tangga kita sendiri, damai lagi makmur.
Jika bermimpi minum susu yang didapatkan secara haram:
Alamat penyakit akan timbul kepadanya kita, iaitu fitnah akan datang dan orang yang memfitnah itu sahabat kita juga.
Jika bermimpi susu bercampur darah:
Alamat mendapat duit dan harta tanpa bersusah payah. Rezeki akan murah dan kamu pula akan menjadi seorang yang pemurah terhadap orang miskin. Jika sakit segera sembuh. Jika pergi musafir ke negeri orang selalu pulang.
Jika bermimpi minum susu binatang haram:
Alamat kita mendapat penyakit kulit, penyakit lelah, penyakit taun, penyakit barah, dan penyakit lain lagi pada tubuhnya.
Jika kita bermimpi memakan telur ayam, telur itik, telur burung, serati ataupun telur angsa:
Alamat mendapat laba yang besar. Boleh memulai kerja baik seperti hendak berniaga, mendirikan rumah baru, dan pergi musafir.
Jika bermimpi menjual susu ataupun berjualan minyak:
Alamat mendapat laba sangat besar, baik memulai kerja. Jika menjual sesuatu mendapat kebaikan.
Jika bermimpi makan pisang:
Alamat mendapat harta yang halal lagi dimudahkan Allah Subahanahuataala rezekinya.
Jika bermimpi memakan pisang dengan nenas:
Alamatnya mendapat kebajikan dunia dan akhirat. Akan membuat kebajikan, seperti memberi makan anak-anak yatim, fakir miskin dan kanak-kanak yang berhampiran dengannya dan rajin beribadah kepada Allah.
Jika kita bermimpi mencium bahu kasturi dan minyak wangi:
Alamat akan sakit sangat berat hampir-hampir hendak meninggal dunia.
Jika bermimpi mencium anbar:
Alamat akan mendapat harta halal dan menjadi kebajikan pulak.
Jika bermimpi mencium kamakama ataupun nasat:
Alamat sukacita, jika sakit segera sembuh. Jika musafir hendak kembali ke rumahnya, jika pergi berniaga banyak mendapat laba.
Jika bermimpi air mawar dibubuh orang pada tubuh kita ataupun dibubuh di atas kepala kita ataupun di kain baju kita ataupun pada tangan kita:
Alamat mendapat harta yang halal dan mendapat kebajikan lagi faedah kepada orang yang banyak kemudian banyak jua bersedekah.
Jika bermimpi mencium bau bunga:
Alamat mendapat kebajikan lagi dikasihi oleh orang kampung. Perempuan pun sayang kepadanya. Jika perempuan mimpi demikian menunjukkan orang laki-laki hendak masuk meminang dengan segera, dan banyak lagi orang hendak meminangnya. Jika seorang maka tiadalah hanya …lah oleh perempuannya itu dan orang-orang kampungpun banyak juga kasih dan sayang kepadanya.
Jika bermimpi sembahyang:
Alamat sempurna segala kerjanya termasuk amal ibadatnya.
Jika bermimpi berperang sabilullah:
Alamat Allah taala ampunkan dosanya, tetapi jika naik haji pahalanya diampunkan Allah Subahanahuaataala dosanya dan dimudahkan Allah Taala segala pekerjaan dan banyaklah hartanya.
Jika bermimpi masuk masjidil haram ataupun tawaf:
Alamat mendapat pahala. Disempurnakan akan dia nikmat akhirat, jika sakit segera sembuh.
Jika bermimpi zakat:
Alamat akan sukacita
Jika bermimpi meminta doa kepada Allah Subahanahuataala atau membaca Al Quran di rumah:
Alamat lepas daripada bahaya ataupun lepas daripada bala petaka dan selamat hidupnya.
Jika bermimpi membaca Al Quran:
Alamat panjang umurnya lagi mendapat harta, segala yang dicita-citakan diperolehi.
Jika dirinya bermimpi puasa:
Alamat mendapat kekayaan ataupun menjadi wazir, pahlawan, penghulu kampung dan sebagainya.
Jika bermimpi sembahyang mayat:
Alamat mendapat pahala dunia. Yang dimaksud dengan paha dunia ialah balasan yang diberikan di dunia ini kerana sesuatu kebaikan yang kita lakukan. Misalnya jika kita memberi seseorang itu benda, suatu hari ia teringat jasa kita yang memberinya sesuatu itu lalu ia memberikan pula kepada kita sesuatu.
Jika bermimpi memakan sesuatu:
Alamat mendapat isteri yang pemanas tetapi bijaksana.
Jika kita bermimpi melihat dian, pelita, tanglung ataupun barang yang menyala:
Alamat melakukan pekerjaan yang tidak dapat dilakukan oleh orang lain.
Jika bermimpi melihat sesuatu yang menyala di rumahnya:
Alamat akan mendapat ilmu ataupun kebajikan akhirat.
Jika bermimpi sesuatu yang busuk:
Alamat membuat kerja yang sukar dan orang kampung memandang hina kepadanya.
Jika bermimpi melihat cahaya terang:
Alamat pendita datang ke negeri atau dusun itu.
Jika bermimpi melihat sesuatu bernyala-nyala tinggi:
Alamat umurnya itu akan dilanjutkan oleh Allah Subahanahuataala dan hidup bahagia dunia dan akhirat.
Jika bermimpi membuat huma:
Alamat cita-cita kamu hendak buat padi pada tahun ini akan jadi padi.
Jika bermimpi dirinya jatuh ke dalam api dan tidak boleh keluar daripada api:
Alamat hendak sampai ajal.
Jika bermimpi melihat api memakan rumah:
Alamat kehilangan harta atau difitnahkan kepada raja, atau mendapat suatu kedukaan.
Jika bermimpi masuk kebun orang besar-besar:
Alamat akan mendapat isteri dan sentosa seperti mendapat isteri yang banyak hartanya lagi cantik dan berbudi bahasa. Jika perempuan alamat mendapat suami yang berbudi bahasa, perangai yang baik lagi beriman kepada Allah Subahanahuataala.
Jika bermimpi melihat jalan masuk ke dalam kebun-kebun:
Alamat mendapat sukacita lagi bahagia hidup rumah tangga.
Jika bermimpi melihat jalan raya luas:
Alamat akan berbuat kebaikan kepada Allah Subahanahuataala ataupun hendak berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya, sahabat-sahabatnya ataupun kepada orang-orang kampung.
Jika bermimpi berjalan ke pekan:
Alamat beruntung, baik untuk memulai sesuatu kerja yang besar seperti nikah kahwin, membuat rumah atau hendak memulai perniagaan dll.
Jika bermimpi jalan raya itu hangat ataupun hangus:
Alamat akan menghadapi kesusahan dalam pelbagai kerja dan urusan. Jika ia keluar daripada tempat itu alamat mendapat senang dalam pelbagai kerja. Berdoa’ kepada Allah Subahanahuataala supaya kita hidup di dalam bahagia dunia dan akhirat.
Jika bermimpi berjalan di jalan raya yang susah:
Alamat dukacita dan susah dalam hidupnya.
Jika bermimpi perisa banyak di rumahnya ataupun ambil akan:
Alamat terpelihara daripada kejahatan malam ataupun kejahatan tengahari, dan tidak mahu bermusuh dengan orang Islam.
Jika bermimpi busur sekali dengan anak patah:
Alamat surat akan datang kepadanya.
Jika bermimpi orang memanah kita:
Alamat dikirimkan orang surat kepada kita.
Jika bermimpi memanah pohon kayu yang besar:
Alamat ada penghulu dalam kampung, orang alim, orang besar atau raja akan mati.
Jika bermimpi bedil besar:
Alamat ada berita penting akan datang pada hari itu.
Jika bermimpi tukang besi atau tukang emas:
Alamat raja dalam negeri itu bertambah kebesarannya dan orang alim bertambah ilmunya.
Jika mimpi bermain besi:
Alamat setiap kerjanya menjadi.
Jika bermimpi senjata banyak:
Alamat besar ia anugerahi raja-raja sesuatu dan mendapat sukacita.
Jika bermimpi gugur tanah:
Alamatnya sakit.
Jika bermimpi batu-batu kecil banyak:
Alamat lepas daripada kesedihan.
Jika kita bermimpi batu-batu besar banyak:
Alamat lepas daripada bahaya seperti selamat barangnya dati dicuri, selamat daripada di fitnah atau bahaya musuh yang hendak membunuhnya.
Jika bermimpi melihat tanah liat:
Alamat lepas daripada dukacita seperti terhindar dari bala bencana, sehingga semua bencana akan terhindar daripada kita.
Jika bermimpi memakan tanah liat:
Alamat banyak mendapat harta seperti emas dan perak. Harta tersebut akan datang dengan banyak kepadanya hanya melalui usaha yang sedikit. Harta itu pula menjadi amal kepadanya melalui pemberian zakat.
Jika bermimpi banyak seperti batu:
Alamat memperoleh harta banyak juga.
Jika bermimpi batu ataupun tanah:
Alamat mendapat harta, jika dimakan tanah itu alamat banyak mendapat harta.
Jika bermimpi gempa bumi:
Alamat negeri dan kampung-kampung akan ditimpa bala ataupun raja dan hulu balang dianiaya musuh.
Jika bermimpi buah mentimun:
Alamat mendapat kebajikan atau berjumpa dengan orang yang berilmu dan kita akan selalu berbincang dengannya.
Jika bermimpi buah delima manis:
Alamat mendapat sukacita seperti mendapatkan anak-anak, jika tiada isteri akan mendapat isteri dengan segera. Jika perempuan akan dapat suami yang budiman lagi beriman. Berhati murah kepada orang-orang kampung dan rumah tangga.
Jika mimpi buah kayu masuk kain:
Alamat mendapat dukacita, seperti akan kehilangan harta dan tanaman dimusnahkan binatang dll.
Jika bermimpi berbunyi gendang:
Alamat melakukan kerja yang baik-baik.
Jika bermimpi berbuat kebajikan:
Alamat mendapat rahmat ataupun rezeki yang halal.
Jika bermimpi buah-buah kayu banyak ataupun burung-burung banyak makan buahnya:
Alamat mendapat untung yang banyak.
Jika mimpi bunyi kecapi:
Alamat mendapat rahmat dan harta yang halal.
Jika bermimpi berbunyi rebana:
Alamat mendapat kegembiraan.
Jika bermimpi meniup serunai:
Alamat mendapat harta yang halal yang banyak dan terasa mudah untuk membahagi-bahagikannya.
Jika bermimpi giring-giring, gendang dan serunai:
Alamat mendapat banyak mendapat kebajikan.
Jika bermimpi memukat ikan di laut:
Alamat menjadi kaya, dipercayai orang ramai atau bertuah.
Jika bermimpi mencari ikan atau burung di hutan:
Alamat hendak melakukan amalan kebajikan besar seperti hendak beribadah di dalam bukit seorang diri dan menjadi wali Allah.
Jika bermimpi menjala ikan ataupun mencari dengan pukat:
Alamat mendapat bencana daripada orang sekampung dan jika dapat ikannya alamat mendapat laba yang sangat besar.
Jika bermimpi menuba ikan:
Alamat mendapat laba dan rezeki yang halal dan akan senang hidupnya.
Jika bermimpi mengail dan mendapat ikan:
Alamat mendapat pengetahuan yang besar untung yang banyak.
Jika tidak mendapat ikan:
Alamat dukacita, apa buat tidak menjadi. Jika menanam padi tidak boleh makan pada tahun itu. Jika dalam mimpi tersebut mendapat ikan, akan mendapat padi yang baik.
Jika bermimpi memabukkan ikan ataupun barang lain:
Alamat mendapat pengetahuan, dan rezeki banyak.
Jika bermimpi mencari ikan dan dapat ikan yang banyak:
Alamat banyak berbuah padi. Begitu juga jika mimpi najis banyak padinya akan berbuah lebat.
Jika bermimpi terberak:
Alamat rugi sedikit, jika bermimpi diri kena tahi alamat beroleh harta yang halal.
Jika bermimpi memakan tahi:
Alamat banyak mendapat harta, emas dan perak.
Jika bermimpi berak:
Alamat sehat daripada penyakit.
Jika bermimpi sebuah kapal bergerak:
Alamat mendapat tugas yang baik dari ketua kampung yang baik.
Jika bermimpi ubun-ubun bergerak:
Alamat hidupnya bahagia di dunia tetapi belum tentu di akhirat.
Jika bermimpi kepala bahagian sebelah kanan bergerak:
Alamat sakit hati yang tidak putus-putusnya pada orang kampung.
Jika bermimpi bergerak kepala di sebelah kiri:
Alamat tiada diperdulikan oleh orang kampung atau sahabat-sahabatnya.
Jika bermimpi pusat bergerak-gerak:
Bagi laki-laki, alamat mendapat kesedihan. Jika perempuan segera bersuami. Jika telah ada suaminya dia akan dapat harta yang halal. Jika mimpi yang demikian bagi perempuan baik.
Jika bermimpi kening bergerak-gerak alamat:
Nyaman, ada sedikit bahaya tetapi boleh dilepaskan itu kemudian.
Analisis Teks Takbir Mimpi
Jika dilihat dari manuskrip ini, ternyata mimpi yang tidak baik belum tentu membawa alamat yang tidak baik. Terdapat banyak mimpi-mimpi yang tidak baik tetapi membawa alamat baik. Misalnya jika bermimpi mati memberi alamat umur akan panjang. Jika mimpi gila pula memberi alamat akan lepas daripada wabah penyakit. Begitu mimpi yang baik belum tentu membawa alamat baik, misalnya mimpi menjadi raja memberi alamat medapat aniaya dari orang segala kerjanya dan banyak orang tidak setuju dengan kerjanya.

Kajian Bintang Dua Belas
Oleh
Dr. Bazrul bin Bahaman
1. Pengenalan
Manuskrip ini berada dalam simpanan perpustakaan negara yang disimpan di pusat manuskrip Melayu no Cod. Keseluruhan manuskrip ini setebal 90 halaman. Keseluruhan mengandungi 200.000 patah perkataan.
Sebenarnya teks ini merupakan terjemahan daripada sebuah kitab dalam bahasa Arab yang disebut sebagai kitab Abi Maa’shar Al Falaki. Abi Mahsyar Al-Falaki mungkin bukan tajuk asli buku ini, tetapi hanya nama pena bagi pengarangnya. Tetapi adalah menjadi kebiasaan dalam tradisi tulis Melayu, kitab-kitab terjemahan kadang-kadang dikenali berdasarkan nama pengarangnya. Misalnya Kitab kitab “berzanji” berzanji disebut kitab “berzanji” sempena nama pengarangnya Ja’afar Al Bazanji. Sebab itu keterangan dari penterjemah yang menyebutkan bahawa teks ini sebagai teks terjemahan dari kitab “Abi Mahsyar Al-Falaki” bukan bermakna tajuk asal buku ini “Abi Mahsyar Al Falaki”, tetapi sebenarnya ialah nama pengarangnya. Nama tersebut juga mungkin bukan nama lahir, kerana nama tersebut menunjukkan kepakarannya sebagai seorang ahli ilmu bintang.
Kitab ini tidak menyatakan dengan terperinci tentang penulis atau penterjemah kitab ini. Dalam teks hanya disebutkan “Kitab Abu Maasyar Al Falaki atau Bintang Dua Belas. Di salin oleh Muhamad Husin bin Jakfar Pejabat Tanaman Kulim”. Dari kutipandi atas dapat diketahui bahawa tulisan Muhamad Husin Jakfar yang bekerja dipejabat tanaman Kulim. Tetapi tidak dapat dipastikan sama ada Muhamad Husin sama ada penyalin sahaja atau penterjemah. Berdasarkan perkataan “di salin” menunjukkan Muhamad Husin hanya menyalin dari kitab lain yang sudah diterjemahkan oleh orang lain.
Namun demikian, jelas kitab ini diterjemahkan oleh seorang ilmuan yang mahir dalam bahasa Arab sehingga dapat menterjemahkan kitab ini dengan baik. Kemampuan penterjemah menterjemahkan kitab ini dalam bahasa Melayu yang baik, juga menunjukkan bahawa penterjemah ini seorang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam kerja-kerja mengarang.
Selain teks ini terdapat sebuah manuskrip lain yang disimpan di muzium Terengganu setebal 105 muka surat dengan jumlah perkataan sekitar 210.000 patah perkataan. Kitab ini juga terjemahan dari kitab Abi Maasyar Al Falaki dilakukan oleh Wan Ismail bin Yusuf, tinggal di Kampung Pauh.
Antara kedua teks ini tidak terdapat banyak perbezaan. Dari segi isi hampir tidak ada yang berbeza. Perbezaan hanya terdapat dari segi bahasa dan susunan bahagian-bahagian tertentu. Tetapi bahasa dan struktur teks menunjukkan kedua teks ini bukan berasal dari salinan naskhah yang sama.
Isi kitab ini dapat dibahagi kepada enam bahagian, iaitu:
1. Ramalan tentang apa yang akan berlaku pada tahun tersebut
2. Tentang saat yang baik dan nahas untuk melakukan sesuatu
3. Menentukan siapa yang kalah dan siapa yang menang
4. Menentukan anak dalam kandungan lelaki atau perempuan
5. Melihat watak dan meramal yang akan berlaku kepada orang lelaki.
6. Melihat watak dan meramal yang akan berlaku kepada perempuan.
Bahasa
Bahasa yang digunakan dalam kedua-dua teks ini adalah bahasa Melayu tinggi yang cukup baik. Ia menunjukkan penterjemah adalah seorang pengarang yang berpengalaman dan biasa dengan kerja mengarang. Ayatnya cukup baik dan tidak terlalu ke Araban, walaupun kitab ini merupakan terjemahan.
Perkataan-Perkataan asing juga tidak banyak, dan terbatas kepada nama-nama khas. Nama-nama khas tersebut meliputi nama-nama bintang dalam budaya masyarakat Kibti, istilah-istilah perubatan, dan nama-nama suku. Nama-nama khas ini dalam terjemahan moden juga memang tidak di tukar. Nama-nama khas yang penulis maksudkan ialah: Makar, Buruj, Safar, Mubsir kubti, Mabhat, Gharib, Tahmidah, Kahwa, Banir, Balgham.
Struktur Teks
Struktur teks tidak jauh berbeza dengan manuskrip-manuskrip Melayu yang lain. Dimulai dengan puji-pujian kepada Allah dan petikan daripada ayat Al Quran. Kemudian diikuti dengan sedikit penjelasan tentang pengarang. Dalam penjelasan tentang teks dinyatakan tujuan penulisan teks dan pernyataan merendah diri pengarang.
Bitang 12 Sebagai Ilmu Bintang dan Ilmu Penujuman
Harun Mat Piah, Ismail Hamid et.al (2000: 5-4-507) dalam membahagikan genre sastera tradisional membuat suatu penggolongan yang dinamakan genre Kepustakaan Melayu. Genre Kepustakaan Melayu ini termasuklah:
1. Ilmu bintang
2. Ilmu penujuman, ramalan atau firasat
3. Ilmu perubatan, perdukunan dan perbomohan
4. Ilmu bahasa
5. Ilmu hisab atau hitungan
6. Ilmu tanaman
7. Ilmu bedil
8. Ilmu pertukangan, termasuk rumah dan senjata
9. Ilmu birahi
10. Lain-lain, misalnya perwayangan atau perdalangan, tarian menyabung ayam dan lain-lain.
Ketika menjelaskan tentang Ilmu Bintang Melayu Harun Mat Piah et.al menjelaskan bahawa ilmu astroogi atau horoscop dihubungkan dengan ilmu nujum, ramal, takbir, raksi dan sebagainya. Ilmu ini dapat dibahagi kepada beberapa kelompok:
1. Kutika atau ketika: Iaitu ilmu mencari waktu yang baik dalam melakukan sesuatu upacara, membuat peralatan, bercucuk tanam, perlakuan, dll.
2. Nujum, ramalan dan rejang: Iaitu cara untuk mengetahui apa yang telah dan akan dilakukan berdasarkan bilangan hari dan bulan dalam seminggu, sebulan dan setahun.
3. Raksi atau kias: iaitu meramalkan keserasian pasangan yang akan berkahwin; juga keserasian hari dan waktu akan menjalankan sesuatu pekerjaan.
4. Ilmu firasat: Mengetahui perangai seseorang berdasarkan bentuk tubuh, tanda-tanda pada badan, wajah malah bau peluh.
5. Takbir, khususnya takbir mimpi: iaitu bentuk ramalan dengan mentafsir mimipi menurut waktu, hari dan sebagainya.
6. Katuranggan, padah, atau mimpi; iaitu meramalkan baik atau jahat sesuatu binatang berdasarkan tanda pada tubuh dan gerak geri; juga padah dan alamat terhadap binatang-binatang yang memasuki rumah.
Ilmu ini menjadi suatu budaya Melayu yang wujud sejak lama. Dalam cerita-cerita penglipur lara dan cerita-cerita rakyat sering disebutkan tentang adanya ahli nujum yang meramalkan nasib dan masa depan putera raja yang baru lahir. Kadang-kadang ahli nujum juga meramalkan nasib yang akan menimpa negara. Bahkan kedudukan seorang ahli nujum setaraf dengan menteri kanan yang dekat dengan raja. Raja akan segera meminta bantuannya untuk menentukan apa yang akan berlaku kepada negara pada masa akan datang, dan ramalan tersebut sangat dipercayai oleh raja. Teks-teks cerita penglipurlara juga sering menceritakan tentang ketepatan ramalan ahli nujum ini.
Dalam kitab-kitab sastera sejarah yang berbentuk tertulis kisah-kisah tentang ketepatan ramalan ahli nujum penting. Misalnya dalam Hikayat Jambi dikisahkan bagaimana Tun Telanai dibuang oleh ayahndanya kerana ia diramalkan akan membunuh ayahndanya bila sudah dewasa. Ramalan tersebut ternyata tepat, setelah dewasa ia membunuh ayahndanya sendiri.
Dalam cerita penglipurlara juga sering disebutkan bahawa ahli nujum membuat ramalan dengan membuka kitab atau pustakanya. Ini menunjukkan bahawa kitab ramalan memang menjadi pegangan ahli nujum. Ia menjadi kitab sakti yang dipelihara dengan baik dan ahli nujum akan menyemak kitab tersebut sebelum membuat ramalan. Setiap ramalan dibuat berdasarkan kitab nujum tersebut. Bintang 12 mungkin salah satu daripada kitab sering yang dipakai oleh ahli nujum dalam membuat ramalan.
Walaupun kitab ini terjemahan dari kitab bahasa Arab, tetapi cukup popular di alam Melayu. Ini dapat dibuktikan dengan adanya terjemahan lain selain yang dijadikan bahan kajian ini. Bahkan jika dilakukan penyelidikan mungkin lebih banyak lagi akan ditemui. Ini menunjukkan bahawa kitab ini mempunyai pengaruh dalam ilmu penujuman di dunia Melayu.
Isi
Kitab ini adalah sebuah kitab ramalan yang membuat ramalan tentang beberapa perkara. Pertama tentang perkara yang akan terjadi pada tahun tersebut. Ini dikira berdasarkan kepada hari yang jatuh pada hari yang ke tujuh tersebut. Misalnya jika hari ke tujuh jatuh pada hari Ahad, maka dikuasai oleh bintang Syamsi. Pada tahun itu diramalkan banyak penyakit mata dan banyak kesusahan bagi perempuan yang hamil. Banyak peperangan, gerhana bulan sedikit dan susah untuk pergi naik haji, tetapi yang mengerjakan haji akan pulang dengan selamat. Makanan, buah-buahan, sarang lebah, dan susu pada musim panas juga banyak, tetapi menyebar penyakit gatal.
Jika masuk hari Isnen dikuasai oleh bintang Qamar. Banyak buah-buahan dan akan terjadi peperangan besar. Di tanah Hijaz banyak pohon kurma, banyak perempuan hamil. Tahun ini panas kuat dan sejuk juga kuat. Banyak yang mengidap penyakit dada dan banyak juga kematian.
Jika masuk hari Selasa di kuasai oleh Marikh, tahun tersebut akan sejahtera. Orang sehat dan hanya ada sedikit kesusahan, tetapi akhirnya banyak kesenangan dan buah-buahan menjadi. Sedikit kekurangan gandum dan syir kerana adas banyak dalam negeri. Banyak kematian pada kanak-kanak dan orang yang sudah tua.
Jika masuk hari Rabu, dikuasai oleh Utarik. Dalam tahun tersebut banyak penyakit, banyak pergaduhan, banyak kesusahan bagi perempuan yang hamil dan orang-orang besar banyak yang mati di dalam negeri tersebut. Pada akhir tahun negeri di datangi angin besar beberapa hari.
Jika masuk hari Khamis bintangnya di kuasai Musytari. Tahun itu sedikit hujan dan buah-buahan kurang. Makanan mahal, padi dan gandum yang ditanam di tempat-tempat yang tinggi pada akhir tahun lebih baik daripada kebiasaanya. Terjadi juga gerhana yang dapat dilihat dibahagian negeri.
Jika masuk hari Jumaat di kuasai Zuhrah. Angin kuat dan hujanpun banyak, baik bagi tumbunhan dan binatang. Banyak pencuri dan susah bagi perempuan yang hamil. Di akhir tahun kesenangan datang dan perempuan gemuk. Di Mekah muncul seorang pemimpin yang berasal dari Syam dan menetap ia di Madinah.
Jika hari Sabtu di kuasai bintang Zuhal. Tahun ini tidak begitu sesuai bagi binatang. Banyak ternakan yang mati. Banyak terjadi peperangan dan penyakit cacar. Banyak burung-burung yang menyebabkan banyaknya buah korma yang binasa. Tetapi buah anggur menjadi, harga kambing dan minyak sapi ada negeri yang mahal dan ada negeri yang murah. Banyak perempuan hamil yang gugur dan banyak juga berlaku perceraian. Orang-orang tua yang pertengahan umurnya dan perempuan banyak yang mati. Banyak penyakit demam dan wabak, gerhana bulan dan matahri terjadi. Tetapi gandum atau padi menjadi.
Dalam ramalan ini dapat dilihat bahawa ramalan berkisar tentang beberapa perkara:
1.`Kesehatan
Hampir setiap tahun yang diramal membuat ramalan tentang kesehatan, sama ada penyakit banyak atau tidak. Misalnya jika awal tahun itu masuk hari Ahad diramalkan akan banyak penyakit. Selain itu disebutkan juga penyakitnya, diantara penyakit-penyakit yang sering disebut ialah cacar, penyakit mata, wabak, dan penyakit kanak-kanak.
Selain itu banyak juga disebut tentang keadaan perempuan hamil. Hampir setiap ramalan tentang perkara yang akan terjadi di tahun berikutnya, ada yang berhubungan dengan susah atau senangnya bagi perempuan yang hamil. Misalnya jika awal tahun itu bermula hari Rabu, maka perempuan hamil tahun tersebut susah. Dan yang agak menarik lagi, kadang-kadang turut diramalkan tubuh perempuan tahun tersebut banyak yang gemuk atau tidak.
Kadar kematian juga menjadi perhatian dalam membuat ramalan. Biasanya diramalkan tentang bagaimana kadar kematian dan golongan bagaimana yang banyak mati. Misalnya jika awal tahun masuk hari Selasa banyak mati orang tua-tua dan kanak-kanak. Jika awal tahun itu hari Rabu diramalkan pula banyak kematian dikalangan pembesar-pembesar. Jika masuk awal tahun itu hari Khamis diramalkan akan ramai orang kaya yang mati.
Kemanan
Selain kesehatan, keamanan negeri juga menjadi perhatian dalam meramalkan apa yang akan terjadi pada tahun tersebut. Yang diramalkan ialah tentang peperangan. Misalnya jika masuk awal tahun itu hari Selasa diramalkan akan berlaku peperangan di negeri Syam. Kadang-kadang tidak disebutkan negerinya, hanya disebutkan akan berlaku peperangan besar.
Selain itu, juga diramalkan tentang pergaduhan, misalnya jika awal tahun jatuh hari jatuh hari Rabu akan terjadi banyak pergaduhan. Dalam satu ramalan disebutkan juga bahawa dalam tahun tersebut banyak pencuri.
Keadaan Politik
Keadaan politik dalam negeri juga diramalkan, tetapi tidak banyak, misalnya jika awal tahun hari Selasa, maka diramalkan pemerintahan yang ada di negeri Khurasan akan berganti dengan orang lain.
Pertanian
Pertanian dan perdagangan merupakan kegiatan ekonomi masyarakat tradisional. Dalam konteks teks ini pertanian yang diramalkan merujuk kepada jenis tanaman di negari Arab seperti kurma, gandu dan syir. Tanaman padi yang kadang-kadang muncul dalam ramalan ini mungkin merupakan usaha penterjemah untuk menysuaikan dengan keadaan tempatan. Walau bagaimanapun, ini belum berjaya dan tanaman-tanaman Arab masih menjadi fokus dalam setiap ramalan dalam manuskrip ini.
Ada beberapa perkara yang diramal, iaitu keadaan pertanian keseluruhan, tanaman kurma, gandum, syir dan buah-buahan. Jenis tanaman ini paling banyak di buat ramalan, mungkin kerana tanaman ini merupakan makan utama bagi negeri Arab. Misalnya jika awal tahun masuk hari Selasa diramalkan gandum, syir akan banyak dinegeri tersebut. Buah-buahan pula hanya sekali disebut dalam ramalan.
Tanaman dunia Melayu yang disebut dalam ramalan hanya padi yang disebut seiringkan dengan gandum. Mungkin dalam membuat ramalan, tanaman gandum akan disesuaikan dengan padi. Misalnya jika awal tahun masuk hari Khamis, maka diramalkan gandum atau padi yang ditanam ditempat tinggi tidak menjadi. Selain itu turut diramalkan tentang ternakan. Misalnya jika tahun itu awalnya jatuh pada hari Sabtu diramalkan binatang akan banyak mati.
Cuaca
Ramalan keadaan cuaca sepanjang tahun tersebut juga banyak muncul dalam manuskrip ini. Paling banyak disebut ialah keadaan hujan, kemarau, ribut, angin kencang dan gerhana. Kadang-kadang ramalan ini diikuti pula dengan ramalan tentang akibat yang ditimbulkan oleh cuaca tersebut. Misalnya jika awal tahun masuk hari Khamis diramalkan hujan sedikit, akibatnya tanaman tidak menjadi dan penyakit akan banyak pada pokok-pokok tersebut. Jika awal tahun tersebut masuk hari Jumaat akan banyak hujan dan tanaman menjadi.
Selain itu diramalkan juga keadaan bulan dan matahari. Misalnya jika awal tahun masuk hari Jumaat diramalkan berlaku gerhana bulan yang dapat dilihat disebahagian negeri. Tahun tersebut juga diramalkan keluar satu bintang daripada beberapa bintang berekor.
Harga Barang
Harga barang juga sering menjadi ramalan, sama ada harga barang pada tahun tersebut murah atau mahal. Kadang-kadang harga barang makan itu disebutkan secara khusus jenisnya. Misalnya jika wal tahun jatuh pada hari Sabtu diramalkan harga minyak sapi dan anggur murah tetapi kambing sebahagian negeri mahal dan sebahagian negeri murah. Di negeri syam pula makanan dan arak mahal. Selain itu dalam ramalan juga sering ditambah dengan ramalan tentang apa yang berlaku di akhir tahun. Misalnya ribut kencang akan terjadi pada akhir tahun, harga barang mahal dan sebagainya.
Saat yang Baik dan Saat yang Nahas
Selain dari ramalan tentang apa yang berlaku sepanjang tahun, dalam kitab ini juga terdapat ramalan tentang saat-saat yang baik dan nahas untuk melakukan sesuatu. Ini dikira berdasarkan hari dan bintang, misalnya hari Ahad bagi orang yang berbintang Zuharat tidak baik, dan jangan berbuat sesuatu melainkan berkasih sayang. Tetapi bagi orang berbintang Utarik adalah baik untuk belayar.
Selain saat yang baik dan saat yang tidak baik berbuat sesuatu yang dinyatakan secara uumum terdapat beberapa perkara yang disebutkan secara khusus. Perkara-perkara yang disebutkan tersebut ialah
1. Saat Untuk Belayar
b. Meminang
c. Menulis azimat
d. Menjatuhkan Talak
d. Menghadap Raja
e. Mengeluarkan Darah atau berbekam
e. Menggali Perigi
Watak dan Ramalan Nasib Manusia Berdasarkan Bintang
Isi teks pada bahagian ini merupakan ramalan terhadap watak dan nasib manusia berdasarkan bintangnya. Ada dua belas bintang yang dikira berdasarkan bulan. Berdasarkan bintang inilah dibezakan nasib manusia. Bintang-bintang tersebut ialah
1. Hamal
2. Tsur
3. Jauza
4. Sirton
5. Asad
6. Sanabila
7. Mizan
8. Akrob
9. Kaus
10. Jadyun
11. Dali
12. Hut
Berdasarkan bintang dan watak seseorang akan dapat diramal nasib dan perwatakknya. Misalnya mereka yang dilahir pada bintang Hamal, jika lelaki hitam manis, tinggi dan besar kepalanya akan bersifat pemarah tetapi cepat baik. Selalu berpindah dari suatu tempat ke tempat lain. Berkata-kata dengan benar dan benci kepada pembohongan. Kadang-kadang ia miskin, kadang-kadang ia kaya.
Lelaki yang dilahirkan pada bintang Tsur, jika dahinya luas, agak putih kulitnya dan besar kepalanya. Mukanya pula agak hitam, bahunya bidang, pinggangnya ramping, dan kecil dua tapak kakinya. Ia suka berjimak dengan perempuan, suka bersolek dan melapangkan hati. Ia tidak beruntung dalam bersahabat.
Lelaki yang dilahir pada bintang Jauza, putih kuning atau putih merah dan cantik wajahnya. Mulutnya pula luas, sederhana tingginya, elok dua matanya dan dua keningnya, pandai berusaha dan cerdik. Di mukanya pula ada suatu tanda atau dikepalanya ada tahi lalat. Akan banyak sahabat dikalangan orang besar-besar. Tidak tetap dalam sesuatu hal. Ditakuti padanya ketika umur tiga puluh tahun dan dalam umur lima puluh dan tujuh puluh.
Kesimpulan
Manuskrip ini lahir dalam masyarakat tradisional yang kehidupan mereka banyak dipengaruhi oleh sistem kepercayaan, yang meyakini adanya Tuhan yang menentukan nasib manusia sebelum ianya berlaku. Oleh yang demikian apa yang akan berlaku kepada seseorang dapat diramalkan. Ramalan ini dapat dikehaui berdasarkan pelbagai hal seperti bintang, fizikal, tarikh lahir yang di dalamnya mengandung rahasia tentang masa depan.
Walaupun bintang dua belas merupakan teks terjemahan, tetapi sebelum ini dalam Melayu juga sudah tertanam sistem kepercayaan yang meyakini kemampuan orang-orang tertentu mengetahui nasib manusia di masa depan. Mereka disebut sebagai ahli nujum. Para ahli nujum ini dipercayai dapat berhubungan dengan kuasa gahib dan mengetahui rahasia tentang nasib manusia. Oleh yang demikian, tidak hairan jika kitab Bintang 12 ini diterima oleh orang Melayu sebagai kitab nujum. Bahkan mereka sangat pempercayainya. Ini dapat dibuktikan dengan terdapatnya terjemahan kitab ini yang menyebar di alam Melayu.
Selain itu, manuskrip ini juga memberikan gambaran tentang budaya, nilai, perialaku masyarakatnya Melayu di zaman tersebut. Budaya mereka seperti merantau, perang, belayar, berniaga dan sebagainya. Juga nilai-nilai masyarakat tradisional seperti menyanjung sifat sabar, taat beribadah, jujur dan sebagainya.

Langgan:
Catatan (Atom)