Selasa, 20 Oktober 2009

Kajian Manuskrip Alamat Binatang Naik Rumah dan Masuk Dusun

Oleh: Dr. Bazrul Bahaman


Latar Belakang
Harun Mat Piah, Ismail Hamid et.al (2000: 5-4-507) dalam membahagikan genre sastera tradisional membuat suatu penggolongan yang dinamakan genre Kepustakaan Melayu. Genre Kepustakaan Melayu ini termasuklah:
1. Ilmu bintang
2. Ilmu penujuman, ramalan atau firasat
3. Ilmu perubatan, perdukunan dan perbomohan
4. Ilmu bahasa
5. Ilmu hisab atau hitungan
6. Ilmu tanaman
7. Ilmu bedil
8. Ilmu pertukangan, termasuk rumah dan senjata
9. Ilmu birahi
10. Lain-lain, misalnya perwayangan atau perdalangan, tarian menyabung ayam dan lain-lain.

Ketika menjelaskan tentang Ilmu Bintang Melayu Harun Mat Piah et.al menjelaskan bahawa ilmu astroogi atau horoscop dihubungkan dengan ilmu nujum, ramal, takbir, raksi dan sebagainya. Ilmu ini dapat dibahagi kepada beberapa kelompok:
1. Kutika atau ketika: Iaitu ilmu mencari waktu yang baik dalam melakukan sesuatu upacara, membuat peralatan, bercucuk tanam, perlakuan, dll.
2. Nujum, ramalan dan rejang: Iaitu cara untuk mengetahui apa yang telah dan akan dilakukan berdasarkan bilangan hari dan bulan dalam seminggu, sebulan dan setahun.
3. Raksi atau kias: iaitu meramalkan keserasian pasangan yang akan berkahwin; juga keserasian hari dan waktu akan menjalankan sesuatu pekerjaan.
4. Ilmu firasat: Mengetahui perangai seseorang berdasarkan bentuk tubuh, tanda-tanda pada badan, wajah malah bau peluh.
5. Takbir, khususnya takbir mimpi: iaitu bentuk ramalan dengan mentafsir mimipi menurut waktu, hari dan sebagainya.
6. Katuranggan, padah, atau mimpi; iaitu meramalkan baik atau jahat sesuatu binatang berdasarkan tanda pada tubuh dan gerak geri; juga padah dan alamat terhadap binatang-binatang yang memasuki rumah.

Ilmu ini menjadi suatu budaya Melayu yang wujud sejak lama. Dalam cerita-cerita penglipur lara dan cerita-cerita rakyat sering disebutkan tentang adanya ahli nujum yang meramalkan nasib dan masa depan putera raja yang baru lahir. Kadang-kadang ahli nujum juga meramalkan nasib yang akan menimpa negara. Bahkan kedudukan seorang ahli nujum setaraf dengan menteri kanan yang dekat dengan raja. Raja akan segera meminta bantuannya untuk menentukan apa yang akan berlaku kepada negara pada masa akan datang, dan ramalan tersebut sangat dipercayai oleh raja. Teks-teks cerita penglipurlara juga sering menceritakan tentang ketepatan ramalan ahli nujum ini.

Dalam kitab-kitab sastera sejarah yang berbentuk tertulis kisah-kisah tentang ketepatan ramalan ahli nujum penting. Misalnya dalam Hikayat Jambi dikisahkan bagaimana Tun Telanai dibuang oleh ayahndanya kerana ia diramalkan akan membunuh ayahndanya bila sudah dewasa. Ramalan tersebut ternyata tepat, setelah dewasa ia membunuh ayahndanya sendiri.

Dalam cerita penglipurlara juga sering disebutkan bahawa ahli nujum membuat ramalan dengan membuka kitab atau pustakanya. Ini menunjukkan bahawa kitab ramalan memang menjadi pegangan ahli nujum. Ia menjadi kitab sakti yang dipelihara dengan baik dan ahli nujum akan menyemak kitab tersebut sebelum membuat ramalan. Setiap ramalan dibuat berdasarkan kitab nujum tersebut. Bintang 12 mungkin salah satu daripada kitab sering yang dipakai oleh ahli nujum dalam membuat ramalan.




Dalam teks klasik kedudukan ahli nujum sangat penting, tinggal di istana
Teks-teks yang tergolongan dalam ilmu kepustakaan Melayu:

Manuskrip ini dihasilkan oleh rakyat biasa dikalangan masyarakat biasa. Ini berbeza dengan tradisi penghasilan kebanyakan teks-teks sastera yang ditulis di istana atau atas perintah orang istana. Teks-teks yang seperti ada campur tangan istana dalam pengasilannya. Tetapi teks……..ini mungkin ditulis oleh seorang rakyat biasa. Ia mungkin bomoh dalam masyarakatnya.




Manuskrip
Manuskrip ini agak unik kerana hanya ada satu manuskrip, tidak ada salinannya. Ini mungkin kerana manuskrip “kitab-kitab pustaka” biasanya milik peribadi yang tidak dipublikasikan. Ia menjadi simpanan dan rujukan bagi pemiliknya yang biasanya seorang bomoh atau ahli nujum. Oleh yang demikian, manuskrip begini sulit untuk bertukar tangan, apalagi untuk tujuan penyalinan.

Berlainan dengan manuskrip sastera yang biasanya disalin berulang-ulang untuk tujuan pembacaan di hadapan khalayak.




Selain itu manuskrip jenis ini juga mungkin kurang menarik minat untuk disalin, kecuali bagi mereka yang ingin mendalami ilmu yang berkenaan.





Naskhah
Manuskrip ini edisi tunggal, milik perpustakaan negara dengan nomor MSS 1767 (A). Ukuran naskhah 25X18 cm dan ditulis tahun 1903. Keadaan manuskrip agak baik dan masih boleh dibaca. Kecuali pada baris pertama dan kedua muka surat satu tidak dapat dibaca. Tetapi kerana sebahagian perkataan ditulis dengan warna merah, menyababkan tidak jelas jika pada salinannya. Selain itu terdapat juga perkataan yang agak kabur dan kurang jelas pada teks salinan. Oleh yang demikian pembacaan keseluruhan teks ini harus melibatkan teks asli.

Keseluruh teks ini terdiri daripada empat belas halaman, sepuluh halaman bertulis dan empat halaman kosong. Halaman pertama tentang ubat demam kura, ubat mabuk inai, dan mantera. Ketiga-tiga jenis ubat ini berbeza tulisannya, mungkin ditulis oleh orang yang berlainan. Muka surat dua hingga lapan isinya petua binatang masuk rumah atau dusun dan alamatnya serta sedekah-sedekah untuk tolak balanya. Pada muka surat lapan juga terdapat petua tentang khasiat burung belatuk kepala merah. Muka surat sembilan pula berisi ubat sawan dengan manteranya sekali.

Manuskrip ini agak unik kerana hanya ada satu manuskrip, tidak ada salinannya. Ini mungkin kerana manuskrip “kitab-kitab pustaka” biasanya milik peribadi yang tidak dipublikasikan. Ia menjadi simpanan dan rujukan bagi pemiliknya yang biasanya seorang bomoh atau ahli nujum. Oleh yang demikian, manuskrip begini sulit untuk bertukar tangan, apalagi untuk tujuan penyalinan.
Berlainan dengan manuskrip sastera yang biasanya disalin berulang-ulang untuk tujuan pembacaan di hadapan khalayak.

Selain itu manuskrip jenis ini juga mungkin kurang menarik minat untuk disalin, kecuali bagi mereka yang ingin mendalami ilmu yang berkenaan.

Bahasa
Bahasa manuskrip ini agak baik dan mendekati bahasa moden. Ini menunjukkan ia ditulis oleh seorang yang sudah biasa dengan kerja menulis. Namun demikian terdapat banyak kesalahan dan kesilapan dalam penulisan, baik fonemnya maupun morfemnya. Ini dapat dimaklumi kerana zaman teks ini ditulis, bahan tulisan seperti dakwat dan kertas mahal dan sulit diperolehi, sebab itu kesalahan dari segi bahasa tidak akan dibaiki. Jadi pengeditan kembali mungkin tidak dilakukan. Oleh yang demikian, kesalahan-kelasalahan dalam teks yang pertama (teks ini kemungkinan teks induk, bukan salinan) dapat dimaklumi. Berlainan dengan teks-teks sastera yang sudah banyak mengalami proses penyalinan. Setiap kali disalin, penyalinnya akan melakukan ubah suai dan perbaikan. Ini menyebabkan, bahasanya lebih sempurna. Oleh yang demikian, kemungkinan untuk timbul kesalahan bahasa adalah tipis. Begitu juga dengan teks cetakan secara litografi, tentu ia diedit terlebih dahulu sebelum dinaikkan ke bahan cetakan batu.

Beberapa perkataan menunjukkan perbezaan fonem dengan bahasa Melayu moden. Perkataan-perkataan tersebut ialah:
harta = arta
semua = semuha
hitam = itam
ayam = hayam
alamat = halamat
Pada perkataan-perkataan di atas bunyi konsonan h dihilangkan. Tetapi ini tidak selamanya berlaku. Kadang-kadang tetap ditulis dengan menimbulkan konsonan h. Misalnya “arta” kadang-kadang tetap di tulis “harta” begitu juga dengan perkataan “itam” kadang-kadang tetap di tulis dengan “hitam”. Justru itu dapat dipastikan bahawa konsonan h dapat ditimbul atau dihilang dalam penulisan.
Begitu juga pada perkataan “ juga” ditulis “jugak”, “nasi” di tulis “nasik”. dan“bertuah” di tulis “betuah”. Perkataan-perkataan ini jelas dieja berdasarkan bunyi pengucapan lisan bahasa harian., “berjantan” jadi “berjantang”, “bersarang” ditulis “pusarang”
bertuah = betuah
berjantan = berjantang
nasik = nasi - mengikut bunyi pengucapan lisan
pusarang = bersarang

Berlainan dengan perkataan-perkataan berikut:
Kesalahan
dastar = dastara
ketir = ketitir
bebebung = bumbung
bangul = bangau
tia = tiada
berkahi = bekarhi
k.u.p.t = ketupat
segala = serigala
lahman = halaman
seposang = sepasang
serba = seraba
Ia kemungkinan berlaku kerana kesalahan tulis, tetapi dibiarkan oleh pengarang kerana seperti yang sudah dijelaskan di atas, zaman teks ini di tulis bahan tulisan sulit diperolehi, oleh yang demikian tulisan mungkin tidak diedit lagi, kerana pengeditan akan melibatkan penambahan kertas dan dakwat.

Suatu hal yang juga menarik, dalam manuskrip ini ialah terdapat perkataan-perkataan yang tidak bisa digunakan dalam manuskrip-manuskrip lain dan juga dalam bahasa-bahasa moden. Perkataan ini tidak terdapat dalam teks-teks sastera seperti Hikayat Hang Tuah, Tuhfat al nafis, Hikayat Siak, dll. Bahkan kamus wilkinson yang ditulis tahun 1903 hanya mencatat beberapa perkataan sahaja dalam kamusnya. Perkataan yang dimaksud dapat dilihat pada gelosari:

Alamat Binatang Naik Rumah dan Masuk Dusun

Bahagian ini tentang sejenis ilmu nujum yang meramal sesuatu berdasarkan binatang. Menurut manuskrip ini terdapat dua puluh satu jenis binatang yang jika masuk ke rumah, dusun atau berperilaku aneh membawa alamat tertentu. Binatang-binatang tersebut ialah: ular, -masuk rumah tenggiling, lebah madu, tebuan, lotong, bangau, punai, burung, merak, badak, kijang, pelanduk, ulat muru, anjing, Ayam, kerbau, kungkang, lipas, kucing, lembu, kudal, gajah, kangkung, ulat, helang, kura-kura, kera, selumur, pelanduk, pusu, babi.

Untuk mengelakkan hal-hal buruk yang dibawa oleh kejadian tersebut, pemilik rumah atau dusun tersebut dianjurkan supaya bersedekah. Kerana sedekah tersebut dianggap dapat menukar bala yang dibawa tersebut kepada tuah. Alasannya berdasarkan sebuah hadis Nabi s.a.w yang bermaksud “Sesungguhnya sedekah itu memanjangkan umur dan menukarkan bala”.

Sedakah dalam konteks ini bukan bermakna memberikan sebahagian harta benda kita kepada orang miskin seperti yang pengertian bersedekah dalam konteks Islam. Tetapi bersedekah dalam konteks ini lebih merupakan kegiatan ritual. Benda-benda yang disedekahkan tersebut di teridiri daripada gading gajah, kain sehelai, emas, emping, padi, bunga, hati, bau-bauan, kain putih, mabuk jarak, kancing, kain hijau, keris, sutera, gelang, cincin, beras rendang, daging masak, daging mentah, kain merah, nasi kunyit, halia, lada, kancing, dodol, makanan dimasak, daging kerbau, ayam beranak sekali, kain kuning, nasik tujuh kepal, perak, bubur, hutang kain, benang hitam, pulut kukus, cindai, susu kerbau. Tergantung kepada peristiwa yang dialami.

Benda-benda tersebut di atas adalah benda yang terdapat mudah di dapati dan digunakan dalam kehidupan masyarakat Melayu sehari-hari. Namun demikian benda-benda ini diberi ciri-ciri tertentu untuk menimbulkan nilai mistiknya. Misalnya kalau kain disyaratkan kain warna kuning, merah, putih atau hitam. Demikian juga, kalau nasi harus tujuh kepal dll, jelas tidak ada tujuan untuk membantu orang miskin seperti konsep bersedekah sebenarnya.

Akibat dari binatang masuk rumah dan masuk dusun ini pula dapat dibahagi kepada dua, iaitu akibat baik dan akibat buruk. Akibat baik terjadi bila diberikan sedekah setelah peristiwa tersebut terjadi sesuai dengan yang disebutkan dalam manuskrip ini. Akibat buruk pula akan terjadi sekiranya sedekah itu tidak diberikan.

Akibat-akibat baik tersebut ialah: bertemu kekasih, dapat harta, dapat petunjuk, dimuliakan, nyaman hati, dapat nasehat, anak menteri akan datang, jadi menteri, dapat isteri kaya, kebajikan, lepas penyakit, dipercayai, mendapat restu, dapat hamba, dapat kerbau, dapat pakaian, sukahati raja, jadi pendita, dapat rumah, dapat benda indah-indah, jadi guru, sebarang dikerjakan menjadi, dapat cahaya raja, dapat padi banyak.

Akibat-akibat yang buruk pula ialah: dimurkai raja, diumpat orang, difitnah
jatuh sakit, mati isteri, banyak pekerjaan tiba-tiba, berkelahi, dukacita, bertemu pencuri, isteri diduduki orang, menangis, papa, mati isteri, dimurkai raja, negeri binasa, rusuh hati, gila, isteri hilang, dipenjara, mati dibunuh, kematian bapa, berkelahi dengan isteri, negeri binasa, rusuh hati dan hilang harta.

Selain itu dapat juga beberapa peristiwa penting dalam budaya Melayu, yang akan terjadi dengan melihat tingkah laku binatang. Peristiwa tersebut ialah: Orang jauh hendak datang, hendak berjalan jauh dan rumah ditinggalkan.


Transliterasi Manuskrip Petua Alamat Binatang Naik Rumah dan Masuk Dusun

Bab ini peri binatang naik pada rumah atawa1 masuk di dalam dusun kita atawa2 kampung. Maka dinafikan dengan sedekah, kerana sabda nabi Salallahualaihi Wassalam s.m, sedekah dipengbelaan3 dipengturutnya4 yang sedekah itu menukangkan5 bala dan memanjangkannya umur Bab6 jika rama hinggap di rumah kita, maka beri sedekah dengan gading gajah dan kain sehelai, emas seemas, kan beroleh kain padahannya. Jika tiada, alamat kehilangan artanya7 atawa8 sakit empunya rumahnya. Bab9 jika ular masuk halaman atawa10 naik ke rumah, kawan pula dengan s.p kibang11, maka beri sedekah emping segantang dan emas seemas, kain sehelai, alamat beroleh baik pada kita. Maka tiada di beri sedekah binasan12 dan rusak empunya rumahnya, atau mati hambanya. Bab13 jika besok anak tenggiling masuk ke halaman atawa naik rumah kita, beri sedekah emas, kain sehelai, alamat beroleh hamba padahnya. Dan jika tiada bersedekah alamat papa pada waktu mati empunya rumahnya. Bab14 jika t.m.p.r.h. t.b.s.h15 di rumah kita, maka beri sedekah padi se sekucil, emas seemas, kain sehelai, alamat kaya empunya rumahnya. Dan jika tiada diberi sedekah, alamat mati isterinya. Bab16 jika cendawan tumbuh di rumah di dapur, maka beri sedekah emas seemas, kain sehelai, alamat beroleh kurnia raja atau isteri orang kaya padahannya. Jika tiada diberi sedekah alamat datang fitnah orang alamatnya. Bab1 jika madu hinggap pada rumah atawa2 taman kita, beri sedekah emas seemas, kain sehelai, alamat beroleh benda yang baik, yang indah padahannya. Dan jika tiada diberi sedekah alamat kematian bapak di dalam dusun itu padahanya. Bab3 jika tebuan bersaran4 di rumah kita atawa daripada taman kita, maka beri sedekah dengan daging mentah dan makanan dan kain sehelai, emas seemas, alamat beroleh jadi guru atau kurnia raja. Dan jika tiada diberi sedekah, alamat rusak empunya rumahnya. Bab jika lotong masuk dusun atawa naik rumah, maka beri sedekah seraba5 bunga dan hati segar dan kain hijau sehelai, emas tiga emas, alamat beroleh gajah. Jika tiada berbuat sedekah alamat mati dibunuh atau murka raja, atawa dipenjara kepada empunya rumahnya. Bab6 jika bangul7 hinggap pada rumah, maka beri sedekah dengan bau-bauan, kain putih sehelai, alamat beroleh baik, suka hati empunya rumahnya. Bab8 jika punai hinggap di rumah maka bersedekah mabuk jarak dikancing, hijau kain sehelai, emas seemas, alamat beroleh arta9 padahannya dan jika bersedekah keris empunya itu mati. Bab10 jika burung merak hinggap di rumah, maka bersedekah sutera pancawarna, alamat beroleh anak baik, atawa11 menteri padahannya. Bab12 jika buran13 bersarang pada rumah kita, maka bersedekah kain putih sehelai, emas seemas, alamat beroleh kerbau banyak padahannya. Jika tiada bersedekah alamat empunya rumah itu berkelahi dengan isterinya Bab1 jika tenggiling masuk dusun atawa2 naik rumah bersedekah kepada orang yang kampung dengan bauan dan gelang dan cincin, kain sehelai dan bubuh delima dan bubur dan emas, baras rendang dan emas sepaha alamat beroleh isteri yang baik lagi kaya empunya rumahnya. Bab3 jika badak masuk dusun, bersedekah nasi pulut, kain putih sehelai, emas tiga emas, alamat dikasih orang akan dia atawa menjadi menteri padahannya. Maka, jika tia4 bersedekah alamat sakit atawa gila dan fitnah padahannya. Jika segala5 masuk dusun maka bersedekah daging masak dan mentah, kain merah, sahaya, emas seemas, alamat kurnia raja atawa6 menjadi penghulu padahannya. Maka jika tia7 bersedekah alamat dimurka raja atawa8 sakit payah sembuhnya. Jika kijang masuk dusun, maka bersedekah nasik kunyik, emas seemas, kain, sahaya, alamat beroleh kasih orang banyak padahannya. Maka jika tiada bersedekah, alamat mati isterinya serta hambanya. Jika rusa masuk dusun, maka bersedekah halia dan lada dan taruh bikar dan taruh kancing dan emas dua emas, kain sehelai, alamat beroleh bekerhai Allah10 boleh jadi penghulu. Maka jika tiada bersedekah alamat isteri hilang. Jika pelanuk11 masuk dusun atawa12 masuk bawah rumah, maka bersedekah dodol ambil disebelahnya dan cinda13 emas dua kupang alamat beroleh hamba dan beroleh jadi penghulu padahannya. Jika biawak masuk ke halaman, maka bersedekah beras rendang dan gelang dan cincin, minyak, kain sehelai, alamat beroleh kesukaan empunya rumahnya. Jika tikus1 bepuruk2 di dapur atau mengatik3 kain, bersedekah dengan ketupat beras padi, kain sehelai, emas sekupang, alamat beroleh paka4 padahannya. Jika h.l.i.t.r / h.i.l.t.r5 tanah dusun atau rumah maka bersedekah dengan emas seemas, kain merah sehelai, dan makanan dimasak tiga banci, dan daging kerbau, alamat beroleh cahaya raja atau anugerah raja dan barang pekerjaan jadi. Maka, jika tiada bersedekah alamat sakit kematian empunya rumahnya. Jika tahi bintang jatuh di halaman atawa6 atas rumah kita maka bersedekah susu segatang, emas seemas, kain putih sehelai, sahaya, alamat beroleh cahaya raja padahannya. Jika lipan bertelur di kain atawa beranak di kain, maka bersedekah dengan hayam7 anak sekali, dengan ibunya, sembelih habis semuanya alamat beroleh kain padahannya. Jika ulat muru pada beram8 atawa9 di bawah rumah atau pada kain atawa pada emas maka bersedekah beras padi sekaca, emas seemas, kain sehelai, alamat beroleh emas banyak padahannya. Jika tiada bersedekah, akan sakit atawa mati isterinya. Jika anjing naik tabungan10 beri sedekah bauan tiga buah , kain kuning sehelai dan nasik tujuh kepal, bauan, emas seemas, perak seemas juga. Jika tiada buat sedekah tiada buat tolak bala, alamat rusak hamba, atau hamba membunuh tuannya. Jika anjing beranak di atas rumah, bersedekah dengan bubur masak, kain sehelai hijau warnanya, emas tiga emas, alamat beroleh sukacita lagi akan kaya padahannya. Jika tiada bersedekah anaknya terjual atau isteri lagi fitnah banyak padahannya. Jika anjing berjantan di atas rumah, maka bersedekah bauan, merah jatung, hutang kain merah sehelai, emas sekupang, alamat beroleh bekarhai1 raja atau orang kaya. Jika kucing berjantang2 dengan anjing maka bersedekah benang pancawarna, emas sepaha, anjing b.u.a.n k.b.u.a.n.3 bumi jauh dan kucing-kucing itu bubuh gelang pada lehernya alamat beroleh sukacita, lepas daripada bahaya padahannya. Jika hayam4 berjantang5 kucing, maka bersedekah daging kerbau bela belum bertanduk, emas dua emas, kain putih sehelai, alamat beroleh sukacita lagi arta akan datang padahannya. Jika tiada bersedekah alamat mati isteri. Jika hayam berjantang6 di atas kita atau atas tikar maka bersedekah dengan kupat7 atawa8 nasik kubik dan beras penjuru rana9, alamat beroleh sukacita, lagi sempurna padahannya. Jika periuk belanga hendak berlaga semuanya, maka bersedekah sekalian isi rumah. Alamat beroleh sukacita. Jika hayam10 bertelur malam atawa11 di tanah, maka bersedekah benang hitam dan dian kain, sahaya, emas seemas, alamat kaya empunya rumahnya. Jika ular naik rumah kita, jika sawa baik, dan jika ular lainnya alamat rumah itu tinggal padahannya. Jika kerbau boleh bertutur atawa12 lembu, atawa13 kudal, atawa14 gajah alamat negeri binasa padahannya. Jika
taman belum l.k.u.h. berbuah tiba berbuah, alamat negeri akan binasa jugak, atawa
kerbau beranak akan orang, itupun negeri juga binasanya. Jika air tambah mata tiga atawa pinang mata tiga atawa dua, maka bersedekah nasi pulut di kukuh1 , dan kain sehelai, emas seemas, alamat beroleh sukacita, bernegeri, dan kekayaannya yang baik. Jika tiada bersedekah alamat akan rosak atawa2 fitnahnya raja padahannya. Kungkang3 masuk dusun atau lahman4, maka bersedekah dengan isi rumah itu hayam5 seekor, emas sepaha, kain sehelai, alamat akan menteri empunya rumah itu. Jika ulat terbit daripada tubuhnya maka bersedekah beras sekaca, emas sekupang, alamat akan beroleh hamba yang baik padahannya. Jika sarap padi bawah rumah, maka bersedekah seisi rumah itu kerbau bela seekor, emas sepaha, cincin permata berat sepaha, alamat akan beroleh negeri padahannya. Jika tiada diberi sedekah, binasa empunya rumahnya itu. Jika helang berbunyi malam di rumah, maka bersedekah kain sehelai alamat beroleh rumah lima buah, jika tiada bersedekah, sakit payah sembuh lagi. Tinggal kampung itu padahannya. Jika ketu6 atawa7ketir8 hinggap malam pada rumah kita maka bersedekah bau-bauan, emas, alamat beroleh benda yang indah-indah padahannya. Jika helang berak di kepala kita atawa9 buruan, maka dipuja dengan cinda10 , maka bubuh pada ubun-ubun akan beroleh pakaian padahannya. Jika helang hutan masuk ka halaman atawa naik rumah maka dipuja dengan beras padi ia di ia-ia, alamat beroleh anak laki-laki padahannya. Jika tiada dipuja, alamat kematian empunya rumahnya. Jika kura-kura masuk ke halaman atau dusun, maka dipuja dengan buah-buahan dan susu kerbau belum bertanduk anaknya, itu alamat beroleh arta1padahannya. Jika kerbau beranak dua atau tiga, maka di tolak bala itu dengan i.ng h.l.u.r / r.m.ng k.l.u.r 2, halamat3 beroleh sukacita, arta4 akan datang, jika tiada tolak bala itu, mati isteri padahannya. Jika kera masuk dusun atau naik rumah, maka puja dengan ping-ping dan ketupat, alamat jadi kaya lagi jadi penghulu orang banyak padahannya. Jika tiada dipuja dimurkai raja padahannya. Jika ular menjelumu di atas rumah atawa5 barang selomor yang berkepala dan tiada, bersedekah baju dan kain dastara6. Jika tiada bersedekah halamat7 kematian padahannya. Jika pusu tumbuh8 di bawah rumah pada suatu pula, puja dengan empat penjuru kampung, kerbau bela, nasik9 yang bekas dan batu tiga banjar, sedekah emas sepaha, kain sehelai. Jika tiada tolak bala alamat rusuh hati padahannya. Jika babi masuk halaman atawa10 naik rumah, buat sarang di dalam padi kita di bendang, maka di tolak bala dengan emping segantang, emas seemas, kain sehelai, alamat beroleh hamba dan padi beras banyak padahannya. Jika tiada di tolak bala karam11 empunya rumahnya atawa12 mati hambanya. Jika kucing beranak di atas kasur tempat tidur, atawa13 di atas riba kita, maka bersedekah emas seemas, kain putih sehelai, maka buat aruah rasul, alamat anak cucunya jadi pandita itu, atawa14 beroleh kayaannya15. Jika tiada sambut dan tia16 sedekah, alamat keturunan arta17 nya. Tamat Al kalam, pada hari selasa dua belas hari bulan rejab sanat 1320.

Golosari

awang : Awang-awang, terawang-awang: Langit, udara, kayangan.
ayum : Orang yang memberi modal untuk orang lain berbuat jahat.
berjantan : bersetubuh
beram : kawasan tempat menjemur padi
bakoi : Nama tumbuhan. Berguna untuk ubat demam.
canonoh :The breast bone of a sheep or ex (Wilkinson 1903)
cindai : Sejenis selendang yang oleh laki-laki biasanya diikatkan pinggang. Dalam cerita-cerita penglipurlara Riau sering disebutkan cindai sebagai salah satu perlengkapan untuk pergi berperang.
capa : capu ; Sejenis tumbuhan yang tumbuh liar. Daunnya berwarna hijau dan lebar daunnya biasanya selebar telapak tangan. Sering digunakan oleh orang Melayu untuk ubat.
dipengbelaan : pembela
dipengturutkan : diturutkan
engor : A saltwater fisth; macrones beleekeri (Wilkinsont 1903)
sawan : Sejenis penyakit noerosis, biasanya datang dengan tiba-tiba.
setuar : Sejenis rumput, daunnya digunakan untuk ubat.
sakar : Gula enau.
singgalang : Sesuatu yang sakti.

sekuwik :Naga sekuwik: A talisman worn by woman after child birth (Wilkinsont 1903)
selomor : Kelonsong ular selepas bersalin kulit.
ulat muru : Sejenis ular yang berbisa
lotong : Sejenis kera, berbulu putih.
mabuk jarak : jarak : sejenis tumbuhan liar, dalam masyarakat biasa di buat ubat, yang kalau dimakan memabukkan.
taruk : pucuk
kadal : sejenis bengkarung
kerambil : kelapa
pancawarna : pelbagai warna
menjelomo : Ular bersalin kulit
jamur : Jambul bahagian atas pada binatang jenis unggas, seperti pada ayam,burung belatuk dll.
jaran : jenis-jenis tunggangan; kuda, sembesi.
jazaan : Sakit keras; nazak.
katu : kalilatu; sejenis serangga
ping-ping : Gelagah yang batangnya tiada rongga.
kibang : lingkibang, ulat gonggok: Sejenis serangga
sani : luhur, terhormat, mulia
ketuban : tetuban, tuban,
kubin : Seperti cecak, tetapi saiznya lebih besar, berwarna hijau, selalu berada di atas pohon.
kala : calour : warna
ketutu : Burung balam
kukang : Sejenis kera, tetapi tubuhnya lebih kecil dan ekornya lebih panjang. Sering dipelihara oleh orang Melayu sebagai binatang mainan, kerana telatahnya yang seperti pemalu. “Seperti kukang”: anak kecil yang pemalu (Kampar).
kedaung : A large tree with medicinal properties; parkia roxburghii.
tandang : berkunjung
tiris : bocor kecil
pusu : busut
ulat muru : ular muro (kampar, Riau),ular tedung selar
ranah : paya, tanah rendah.
riyang : asam riang-riang
kudal : kadal: bengkarung

l.k.u.h. : Maksudnya mungkin langkeh : Pohon buah-buahan yang baru sahaja habis buahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan